Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Wanita Dakwa Temui Rangka Manusia Ketika Bersihkan Bilik, Disyaki Milik Abangnya Yang Hilang 5 Tahun Lepas

Tengkorak seorang lelaki yang hilang lima tahun lalu telah didakwa dijumpai oleh adiknya ketika membersihkan rumah yang dikongsi oleh mereka bersama, lapor Daily Star.

Mendiang berumur 66 tahun ketika hilang dari rumahnya di Prefektur Aichi, Jepun, pada tahun 2015.

Dia telah berkongsi rumah di bandar Kasugai bersama adik lelaki dan perempuannya namun kedua-dua beradik itu tidak melaporkan kehilangannya sehingga tahun berikutnya. Pada tahun 2016, mereka telah membuat laporan polis mengenai kehilangan abangnya dan terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk misteri tersebut.

Hujung minggu lalu, adik mangsa yang kini berusia 69 tahun akhirnya memutuskan untuk menggunakan bilik abangnya itu namun menyedari bahawa dia perlu membersihkannya dahulu.

Gambar: Daily Star

Pun begitu, dia disambut dengan pemandangan yang mengerikan ketika melangkah masuk ke bilik itu.

Bilik yang tidak pernah dimasuki itu ternyata mempunyai satu mayat yang tidak berpakaian.

Laman web berita Jepun, Sora News 24 melaporkan bahawa wanita itu menghubungi polis dan memberitahu mereka bahawa menjumpai sesuatu yang dirasakannya sebagai tulang manusia.

Gambar: Daily Star

Pegawai polis selepas itu mengesahkan rangka itu sememangnya manusia dan telah meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

Walaupun mereka masih lagi tidak dapat menentukan usia atau jantina mayat tersebut, para penyelidik percaya bahawa ada kemungkinan besar itu adalah mayat warga emas yang hilang itu.

Apa yang lebih mengelirukan adalah ketika adik-beradik mangsa mengatakan kepada polis bahawa abang mereka hilang lebih dari satu tahun. Polis beranggapan bahawa mereka melihatnya keluar atau sekurang-kurangnya telah tahu bahawa dia telah pergi meninggalkan rumah tersebut.

Punca kematian masih lagi belum diketahui dan siasatan ke atas kes yang pelik itu masih sedang dijalankan.

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.