Siakap Keli
Gambar: Ikhasuhaimi20

“Apa-Apahal Boleh Tanya Kucing Akak”, Reaksi Penghantar Barang Bila ‘Disambut’ Kucing Tuan Rumah Buat Netizen Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tugas sebagai penghantar barang mempunyai cabaran yang tersendiri. Dari terpaksa berhadapan anjing garang di kejiranan hinggalah meredah hujan untuk sampai ke destinasi, tugas mereka penuh warna-warni.

Walaupun dalam kesibukan mengejar KPI harian menghantar sejumlah bungkusan setiap hari, seorang pekerja kurier ini masih boleh berjenaka dengan penerima ketika memaklumkan tentang penghantaran dibuatnya.

“Barang akak dah sampai dan saya letak kat kerusi. Apa-apa hal boleh tanya kucing akak,” tulis individu berkenaan sambil mengepilkan gambar seekor kucing bersama bungkusan tersebut.

Mesej yang dikongsikan Ikhasuhaimi di laman Twitter miliknya itu telah mendapat lebih 32 ribu tanda suka dan 24 ribu ulang kicau.

Rata-rata netizen terhibur dengan ayat pekerja kurier berkenaan di samping memuji kecomelan kucing tersebut.

“Alahai kucing ni, macam benda tu berat sangat je tengok dari mata yang terbeliak tu”

Nasib bukan Oyen

Nasib abang tu tak cakap, “Kalau barang hilang, kucing akak jual dekat jiran sebelah rumah.”

Sumber: Ikhasuhaimi20

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.