Siakap Keli
Gambar: Asia One

Dua Nyaris Maut, Kereta Dirodok Batang Besi Ketika Brek Mengejut

BANGKOK, 20 Ogos – Dua individu nyaris maut apabila satu ikatan paip panjang berukuran enam (6) meter yang diikat di atas sebuah trak menembus cermin kereta mereka dari arah belakang.

Nahas ngeri tersebut dilaporkan berlaku di wilayah Bang Kho Laem pada kelmarin sebelum dilaporkan kepada Balai Polis Watprayakai.

Mangsa, Atchathorn Khamraksa, 25, mendakwa, dia memandu keretanya dengan kelajuan 80 kilometer sejam apabila mendapati sebuah kereta di hadapannya berhenti secara tiba-tiba, sebelum dia turut terpaksa membrek dengan mengejut.

Bagaimanapun, ia menyebabkan sebuah trak di belakang turut merempuh keretanya.

Trak membawa paip besi panjang berukuran enam (6) meter yang menembus kereta mangsa. Gambar: Asia One

“Apabila saya melihat ke belakang, saya ternampak paip tersebut sudah menghentam dan memecahkan tingkap belakang kereta serta turut menembus sedikit kereta pemandu,” katanya, memetik laporan Asia One.

Sementara itu, pemandu kereta hadapan, Pattaranit Thammasitsophon, 61, berkata, dia terpaksa membrek secara mengejut kerana untuk mengelakkan terlanggar sebuah objek yang tercicir daripada kereta lain.

Dalam pada itu, pemandu trak terbabit, Watchara Manosri, 26, mendakwa, impak brek mengejut tersebut mengakibatkan ikatan paip besi di atas traknya longgar.

Dia juga turut mendakwa bahawa paip-paip besi panjang itu sudah diikat dengan ketat dan rapi sebelum kejadian.

Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, pemandu trak berkenaan telah didakwa atas kesalahan memandu secara tidak berhemah hingga menyebabkan kemalangan serta membawa secara berbahaya.

Keadaan belakang kereta mangsa yang remuk selepas dirempuh dan ditembus paip besi berkenaan. Gambar: Asia One

Sumber: Asia One

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.