Setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza. Ada yang selalu dilihat berada di atas, ada yang perlu bekerja keras dari bawah untuk menaiki anak tangga. Bagaimanapun, masing-masing mempunyai cabaran dan ujian sendiri yang tidak diceritakan kepada sesiapa.
Bagi seorang pemuda bernama Hamzi Haziq, 21 tahun, gagal sekarang bukan gagal selamanya.
Kongsi Hamzi, beliau telah mendapat keputusan 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan telah dipandang rendah oleh sebahagian orang disekelilingnya. Dia juga tidak mendapat tawaran ke universiti awam sejak 2017 dan akhirnya membuat keputusan untuk ke politeknik.
Pun begitu baru-baru ini, dia telah menerima tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat pembuatan sarung tangan tempatan. Malah, ketika sedang bekerja di sana, dia juga ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah UA.
Berikut merupakan perkongsian Hamzi di Twitter miliknya.
“Menangis kejap kat depan guard. Penantian sejak 2017 nak masuk Universiti Awam hanya tuhan je tahu betapa perit.
Baru balik kerja gais maaf haha takleh bawa phone masa kerja , for those tanya jawatn apa sya dapat supervisor masa orientasi paling muda … umur 21, lain semua umur 24 keatas ada degree dan pengalaman bekerja saya ni kerja mcd ngn kedai rm2 tu pun masa cuti sem #rezeki pic.twitter.com/7EFzukhHvH
— Mikasa jaeger (@Pencetus_Reevol) August 18, 2020
Perkongsian Hamzi telah membuka mata dan menjadi inspirasi ramai pihak.
Sumber: Hamzi Haziq