Siakap Keli
Gambar: Mirror

Rumah ‘Membimbangkan’ Mula Dijual, Sel Penjara ‘Tersembunyi’ Di Dalamnya Buat Warganet Tertanya

Kelihatan biasa namun sebuah rumah di Missouri, AS, yang ‘menyembunyikan’ sebuah ruang penjara kini telah dipasarkan.

Gambar:Mirror

Harta di Missouri, AS itu mula dibina pada tahun 1875 dengan dua bilik tidur dan bahagian dalaman yang menakjubkan dengan lantai kayu dan kemasan marmar.

Gambar: Mirror

Ia dijual dengan harga permintaan pada sekitar 265, 000 dollar namun pintu keluar menuju ke dapur memperlihatkan sesuatu yang ‘pelik’ sehingga ia menjadi tular.

Gambar:Mirror

Bersebelahan dengan kabinet putih dan meja kerja batu adalah pintu logam berat, kelabu yang kelihatan sangat tidak sesuai berada di situ dan ia membawa kepada rangkaian sel penjara dengan kapasiti untuk menahan seramai sembilan orang.

Satu sel mengandungi dua tempat tidur logam, tandas dan apa yang kelihatannya merupakan kawasan penahan di belakang palang logam dan pintu sel dengan sel lain yang direka untuk seorang penghuni.

Gambar: Mirror

Gambar-gambar dari luar rumah menyaksikan palang logam yang menutupi kebanyakan tingkap dan pintu.

Disenaraikan di House of Brokers, mereka menegaskan bahawa penjualan rumah itu sebagai ‘peluang yang sangat unik’.

“Pengubahsuaian yang luas pada tahun 2005 memperlihatkan kemasan mewah moden dengan seni bina dan watak tradisional.

Gambar: Mirror

“Dan bahagian terbaik adalah rumah ini dihubungkan dengan penjara seluas 2500 kaki persegi dengan 9 sel, bilik tempahan dan 1/2 bilik mandi. Lemparan kunci pintu sel nampaknya berfungsi. Ruang bawah tanah penuh di bawah rumah dengan pencahayaan di seluruhnya,” kata mereka.

Walau bagaimanapun, kewujudan ruangan tersebut menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet yang mahukan penjelasan perkara yang berlaku disebalik binaan itu.

Penyenaraian rumah itu nampaknya memberikan penjelasan yang lebih meyakinkan mengenai mengapa sel-sel itu wujud, bangunan itu sebelum ini digunakan sebagai rumah dan Penjara Sheriff Howard County.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa