Siakap Keli
Foto: KKM

TERKINI Covid-19: Sifar Kes Tempatan Dilaporkan Dan Hanya 5 Kes Import Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 7 kes telah sembuh dan dibenarkan keluar wad pada 20 Ogos 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8932 kes.

Jumlah kes baharu setakat hari ini berjumlah 5 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu meningkat kepada 9240 dan daripada jumlah tersebut di dapati 183 kes masih aktif.

Walaubagaimanapun, jumlah kes baharu hari ini dilaporkan hanya kes import dan ‘zero’ kes tempatan.

KKM juga memaklumkan bahawa sehingga hari ini tiada kes kematian dilaporkan. Jumlah kes kematian kekal seramai 125 orang.

Namun pada hari ini terdapat satu kluster baharu iaitu kluster import yang melibatkan 4 anak kapal.

 

Sumber: Dr Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang