Siakap Keli
Foto: Twitter

(Video) Mungkin Tak Biasa Dengan Jalan di Cyberjaya, Kereta Tersalah Masuk Simpang, Orang Ramai Kena Hati-Hati

Salah masuk lorong merupakan perkara yang paling bahaya tambah-tambah lagi ketika malam dan kereta banyak. Ia boleh mengakibatkan kemalangan teruk di kawasan-kawasan seperti itu.

Menerusi satu rakaman video dari salah seorang penduduk doi Cyberjaya menunjukkan sebuah kereta ‘wrong way’. Kemungkinan besar pemandu tersebut tidak biasa dengan jalan di Cyberjaya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah jalan di lingkaran Cyber Point Barat pada waktu malam.

Ya, jalan di Cyberjaya banyak satu hala sahaja, jika tersalah belok ia akan membahayakan kepada pemandu dan orang ramai. Jadi, sebelum berlaku lagi kejadian seperti ini, sebagai pemandu yang berhemah anda haruslah sentiasa berhati-hati terutamanya pada waktu malam.

 

Sumber: Fazlie Jack

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang