Siakap Keli
Foto: Google

5 Tanda Ini Perlu Diperhatikan, Jika Ada, Daging Ayam Disimpan Tak Lagi Sesuai Dimasak & Dimakan

Ayam merupakan sumber makanan yang sangat lazim untuk dimakan oleh masyarakat akan tetapi ada diantara mereka tidak tahu akan kesan apabila seseorang itu makan ayam yang telah rosak.

Antara kesan makan ayam yang telah rosak ialah seperti berlaku masalah pencernaan, keracunan dan lain-lain. Sebab kepada terjadinya ayam rosak adalah daripada segi penjagaan ayam tersebut, pendedahan yang terlampau atau berpanjangan di tempat terbuka, penyimpanan yang tidak betul dan sebagainya.

Ayam yang telah rosak dapat dikenal pasti melalui:

Perubahan warna

Periksa warna ayam terlebih dahulu sebulum dimasak. Ayam yang segar mempunyai warna merah jambu dan apabila ianya rosak warna tersebut akan bertukar menjadi pudar. Selain itu, warna ayam yang rosak tidak akan menjadi putih walaupun dicuci dan dibersihkan.

Bau yang kuat

Bau yang kuat itu merangkumi bau yang busuk, masam dan juga bau amonia.

Berlendir dan melekit

Pada asasnya, ayam sememangnya mempunyai lendir dan lendir ini akan hilang setelah dicuci dan dibersihkan. Namun, lendir pada ayam yang telah rosak tidak akan hilang lendirnya walaupun dicuci dan dibilaskan air kepada ayam tersebut. Daging ayam terasa sangat melekit.

Ais yang berketul pada ayam yang dibekukan

Untuk ayam yang telah disimpan dan dibekukan, apabila terdapat lapisan ais yang tebal pada ayam tersebut menandakan bahawa ayam itu dalam keadaan tidak bagus dan tidak sesuai untuk dimakan. Ini juga boleh dikatakan masalah daripada segi cara penyimpanan ayam tersebut.

Bau ayam yang kuat ketika proses memasak

Bau ayam ketika proses memasak juga boleh menjadi tanda bahawa ayam tersebut dalam keadaan baik untuk dimakan atau sebaliknya. Ayam yang telah rosak akan mengeluarkan bau seperti telur busuk atau belerang ketika proses memasak dilakukan.

Sumber: CNN Indonesia

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.