Betul atau tidak lepas senaman kita jarang melihat atau kita sendiri melakukan senaman ‘cooling down’ kerana menganggap ia tidak penting seperti ‘warming up’ pada awal permulaan senaman. Betul, ramai yang hampir terlupa dengan senaman ini.
Terutamanya bila seseorang letih dan berhenti untuk melakukan senaman dan terus rehat tanpa melakukan senaman ‘cooling down’. Ye lah, peluh pun dah habis buat apa nak senaman lagi kan? Tapi, kita semua salah.
Dengar penjelasan daripada seorang ahli fisiologi yang terkenal di laman Twitter, Wan Zahid tentang kebaikan aktiviti ‘colling down’ yang penting untuk otot dan badan seseorang.
Selepas bersenam kebanyakan orang akan skip daripada melakukan aktiviti-aktiviti menyejukkan badan. Tapi sebenarnya, aktiviti menyejukkan badan atau cooling down ini sangat penting untuk tubuh badan kita. Tak lama pun.
“Cooling down aktiviti hanya mengambil 3-5 minit. Jom ketahui kenapa aktiviti cooling down ini sangat penting.”
1. Denyutan jantung kembali normal
Apabila anda bersenam, kadar denyutan jantung anda akan menjadi laju. Selepas melakukan senaman, cooling down dapat kembali normal secara perlahan apabila anda melakukan aktiviti menyejukkan badan.
2. Memperlahankan kadar pernafasan
Apabila anda bersenam, denyutan jantung akan menjadi laju dan anda akan tercungap-cungap, betul tak? Proses cooling down badan dapat menurunkan kadar pernafasan menjadi serentak dengan ritma jantung kembali ke tahap normal.
3. Mengurangkan kesakitan otot
Selepas melakukan senaman, ramai kebiasaannya akan merasa sakit pada otot. Namun, kesakitan itu dapat dikurangkan dengan aktiviti cooling down.
Jadi, dah tahu kepentingan cooling down, jangan lupa praktikkan tau.
Sumber: Flexphysiotherapy via Wan Zahid,