Siakap Keli

“Jangan Perlahankan Kenderaan Anda Semata-Mata Ingin Melihat Kemalangan Arah Bertentangan” – PLUS

Satu kemalangan berlaku di KM448.6 arah Utara dari Hospital Sungai Buloh ke Rawang sehingga menyebabkan trafik perlahan pagi ini.

Perkara ini dilaporkan melalui laman Twitter rasmi PLUS Trafik awal pagi tadi.

Susulan daripada kemalangan tersebut, PLUS menasihatakan kepada pengguna jalan raya tersebut agar tidak memperlahankan kenderaan anda untuk melihat kemalangan arah bertentangan. Hal ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya dari kedua-dua arah.

Jadilah pemandu yang berhemah dan sentiasa memikirkan tentang orang lain. Jangan pentingkan diri di jalan raya.

 

Sumber: PLUS

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang