Siakap Keli

Kebanyakan ‘Owner’ Buat Tak Tahu 5 Perkara Penting Ni Masa Ambil Insurans Motor

Ada ke owner kenderaan yang pandai guna je tapi tak pernah ambil tahu langsung pasal insurans?

Insurans ni penting sangat, harap jangan ambil mudah. Insurans motor atau insurans kenderaan dibeli biasanya untuk kereta, trak, motorsikal dan kenderaan lain atas jalan.

Insurans ni kira macam perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecelakaan seperti kebakaran, kemalangan atau kecurian. Bukan hanya pada owner kenderaan, tapi juga untuk pihak ketiga.

via GIPHY

Ini antara 5 perkara yang perlu diberi perhatian kalau nak beli insurans motor.

  1. Nilai Insurans – Nilai insurans kenderaan baharu bersamaan harga belian, jika nilai diinsuranskan lebih rendah daripada nilai pasaran, anda dianggap menginsuranskan sendiri nilai itu.
  2. Klausa Purata – Diguna pakai apabila kenderaan dengan nilai yang diinsuranskan lebih rendah daripada nilai pasaran mengalami kerosakan. Contohnya, jika kenderaan diinsuranskan hingga 70 peratus daripada nilai pasaran, syarikat insurans hanya akan membayar 70 peratus daripada jumlah kos pembaikan.
  3. Pendedahan – Fakta penting mesti dinyatakan, contohnya; kemalangan yang dialami sebelum ini dan pengubahsuaian enjin.  Kegagalan berbuat sedemikian menyebabkan syarikat insuran boleh menolak tuntutan anda atau tuntutan pihak ketiga ke atas anda.
  4. Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount-NCD) – Pembayaran premium boleh dikurangkan oleh kelayakan NCD yang diberikan jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 12 bulan terdahulu.
  5. Ekses – Jumlah kerugian yang perlu anda tanggung, di mana syarikat insurans akan membayar baki tuntutan selepas penolakan jumlah ekses yang perlu anda tanggung.

Berjaya Sompo Insurance antara penyedia insurans terkenal di Malaysia yang menyediakan polisi insurans komprehensif bagi memenuhi kepelbagaian keperluan.  Pemegang polisi insurans SOMPO Motor khususnya mesti ramai dah berpuas hati sebab insurans SOMPO Motor dapat mengurangkan kos tanpa perlu melalui proses rumit untuk memilih perlindungan tambahan.

Ini termasuklah perlindungan lebih baik untuk kenderaan lama dan perlindungan penuh terhadap bencana alam.

ma

Faedah asas yang baru dalam SOMPO Motor:

  • Perlindungan Peril Khas, di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM10,000 atau 20% daripada jumlah yang diinsuranskan, atau yang mana lebih rendah,
  • Perlindungan untuk semua pemandu,
  • Waranti Pembaikan selama 12 bulan,
  • Kos menunda kenderaan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sehingga RM300.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih perlindungan tambahan seperti:

  1. Perlindungan Penuh Peril Khas, kos menunda kenderaan tanpa had di seluruh Malaysia dan
  2. Pengecualian kos penambahbaikan untuk kenderaan yang berusia sehingga 15 tahun.

Bagus kan? Insurans SOMPO Motor ada juga ciri baru yang memberi pilihan kepada pengguna dengan Voluntary Excess yang membolehkan pengguna membayar dengan wang sendiri sehingga 3% bagi setiap tuntutan untuk mengurangkan bayaran premium insurans.

Best kan guna insurans SOMPO Motor ni sebab nak renew hanya ambil masa 3 minit SAHAJA. Sesuailah dengan kita ni yang sentiasa sibuk dengan kerja harian. Dorang juga memberi Perlindungan Peril Khas secara PERCUMA sehingga RM 10,000 untuk kerosakan akibat banjir, ribut, tanah runtuh dan banyak lagi. Untuk makluman, tak banyak polisi insurans yang tawarkan perlindungan ni, jadi, buatlah keputusan yang bijak.

Macam mana nak dapatkan insurans daripada Berjaya Sompo Insurance?

Anda boleh muat turut borang polisi insurans SOMPO Motor di sini atau polisi insurans motorsikal di sini.

Kalau terlibat kemalangan, apa nak buat?

  1. Catatkan nama, alamat semua pemandu, buatan/model kenderaan dan nombor pendaftaran setiap kenderaan, nombor lesen pemandu dan butir-butir insurans, termasuk nama dan alamat saksi terlibat.

1.Buat laporan polis dalam masa 24 jam dan maklumkan kepada Berjaya Sompo Insurance secara bertulis dengan memberi butiran lengkap dengan segera.

2.Jika kenderaan rosak, boleh memilih sama ada buat Tuntutan Kerosakan Sendiri atau Pihak Ketiga.
i. Kerosakan Sendiri – Tuntutan dibuat terhadap polisi komprehensif sendiri dan kelayakan NCD akan hilang.
ii. Pihak Ketiga – Jika anda tidak bersalah dalam kemalangan, anda boleh mengemukakan tuntutan sama ada secara terus kepada syarikat insurans pihak yang bersalah, atau kepada Berjaya Sompo Insurance jika memiliki insurans komprehensif. Dalam kes ini kelayakan NCD anda tidak akan hilang. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan kepada Berjaya Sompo Insurance bagi mempercepatkan proses tuntutan.

3.Bagi tuntutan kerosakan sendiri, boleh hubungi Berjaya Sompo Insurance dengan segera bagi mendapatkan nasihat seterusnya.

4.Jika syarikat insurans mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel/yang diluluskan, hantar kenderaan anda ke sana seperti yang dinasihatkan.

5.Syarikat insurans berhak menolak tuntutan jika kenderaan dihantar ke bengkel yang tidak diluluskan oleh mereka dan wakil penilai (adjuster) tidak akan dihantar untuk menilai kerosakan sebelum pembaikan diluluskan.

Sebelum itu, anda perlu tahu polisi tidak akan melindungi kerugian sekiranya:

  1. Apabila anda membenarkan kenderaan anda untuk disewa.
  2. Digunakan untuk berlumba di jalan raya, terutama bagi tujuan haram.
  3. Digunakan untuk sebarang tujuan dalam Perdagangan Motor (Motor Trade).

Sekiranya anda bimbang jika berlaku ‘kecederaan’ lain (uncovered) kepada kenderaan atau penumpang, anda boleh memilih untuk mendapatkan manfaat tambahan lain seperti dibawah:

  1. Kerosakan cermin depan.
  2. Tanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh penumpang.
  3. Kerosakan akibat bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
  4. Aksesori Kenderaan seperti sistem stereo dan tempat duduk.
  5. Diskaun-Tanpa-Tuntutan untuk Tahun Semasa (hanya untuk kereta persendirian)
  6. Pampasan untuk jangka masa pembaikan yang lama di bengkel (untuk kereta persendirian dan komersial)

Bagi pemegang polisi sedia ada, anda boleh perbaharui insurans secara online di sini hari ini. Senang je, semudah ABC.

Insurans SOMPO Motor

Selain itu, untuk pengguna motosikal khususnya, Berjaya Sompo Insurance juga menawarkan polisi insurans yang komprehensif demi melindungi hari-hari yang tak terjangka.

Insurans motosikal ini memberikan perlindungan kewangan kepada motosikal anda sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan, atau kecurian. Daripada polisi ini juga, pemegang polisi diberi perlindungan kewangan terhadap sebarang liabiliti dari pihak ketiga akibat kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal mereka.

Insurans motosikal Berjaya Sompo melindungi:

  1. Mana-mana kecederaan atau kematian terhadap pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan
  2. Sebarang kerugian atau kerosakan harta benda yang terjadi kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan
  3. Sebarang kerugian atau kerosakan yang terjadi terhadap motosikal anda sekiranya berlaku kebakaran, letupan, atau kilat
  4. Mana-mana kerosakan yang terjadi kepada motosikal anda sekiranya berlaku kecurian atau pecah rumah
  5. Sebarang kerosakan yang terjadi kepada motosikal anda sekiranya berlaku kemalangan

Anda boleh muat turut borang polisi insurans motorsikal di sini atau dapatkan sebut harga secara online

Insurans Motorsikal

Selain itu, Berjaya Sompo Insurance turut menjalin kerjasama dengan jenama kenderaan terkenal seperti Honda Malaysia, Bermaz Motor (Mazda) dan Edaran Tan Chong Motor (Nissan) untuk menyediakan pakej insurans secara bundle yang disesuaikan mengikut keperluan pemilik kenderaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Berjaya Sompo Insurance sekarang!

Nur Farra