Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 13 kes yang telah sembuh dan menjadikan jumlah kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 8, 945 bersamaan 96.71%.
Menerusi kenyataan di Facebook, sebanyak 9 kes positif telah dicatatkan hari ini termasuk 4 kes import dan 5 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif adalah sebanyak 9, 249.
Terkini: 21 Ogos. Sebanyak 9 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 5 kes tempatan dan 4 import. Antara kes tempatan ialah 3 kes Kluster Tawar. Terdapat satu lagi kluster baharu, Kluster Maju di KL. 3 positif setakat ini. #MalaysiaPrihatin #KitaTeguhKitaMenang
— KKMPutrajaya🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 21, 2020
Tiada kematian dicatatkan. Ini menjadikan jumlah kes kematian kekal sebanyak 125 bersamaan 1.35%.
Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua bukan warganegara. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:
- Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- Austria (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- Indonesia (1 kes di Selangor); dan
- India (1 kes di Selangor).
Daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, empat (4) adalah warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara iaitu kes saringan sebelum pulang ke negara asal. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah:
-
Kedah: tiga (3) kes daripada Kluster Tawar; dan
-
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes daripada Kluster Maju (iaitu kluster baharu)
Terkini #COVID19Malaysia 21 Ogos
Kes sembuh= 13
Jumlah kes sembuh= 8,945
Kes positif= 9
(kes import=4, kes tempatan=5)
Jumlah positif= 9,249
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 7
Bantuan Alat Pernafasan= 4 pic.twitter.com/BKlFbgwZD6— KKMPutrajaya🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 21, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia