Siakap Keli

(Video) Kucing ‘Cuak’ Bila Kantoi Cuba Selongkar Laci, Siap Jawab ‘Nothing’ Bila Disoal

Tak perlu dijelaskan lagi, kucing sememangnya menjadi haiwan comel yang sentiasa akan menambat hati sesiapa sahaja.

Bukan sahaja itu, kenakalan haiwan itu yang tidak terjangka pasti akan memeningkan setiap manusia di sekeliling mereka. Tapi tak dapat dinafikan bahawa ia juga menjadi terapi bagi sesetengah orang untuk menghilangkan tekanan.

Terbaru, tular satu video yang menyaksikan seekor kucing ‘kantoi’ sedang menyelongkar laci dan ingin mengambil sesuatu.

Video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu lebih menarik apabila kucing itu dilihat sangat ‘cuak’ ketika disoal siasat oleh pemiliknya.

Kucing yang dipanggil Mikey itu nyata terkejut dengan kehadiran pemiliknya dan seakan menjawab ‘nothing’ apabila ditanya sedang melakukan apa.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik di akaun TikTok mikeymoments itu telah mendapat sebanyak 18 juta tontonan, 3.6 juta tanda suka dan 18.8 ribu komen.

@mikeymoments

He really said “noth-ing” 🥺😛 he’s always looking for treats! #fyp #foryou #catsoftiktok #cats #mikey

♬ original sound – mikeymoments

Sumber: mikeymoments

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa