Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gagal Patuh Peraturan Dibawah Akta 342, Menteri Dikenakan Kompaun RM 1,000

Putrajaya, 23 Ogos- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mengenakan kompaun ke atas seorang menteri yang didakwa tidak mematuhi arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, KKM menjelaskan menteri tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

“KKM telah mengeluarkan kompaun ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Bagaimanapun kenyataan akhbar tersebut tidak menyebut secara spesifik kesalahan yang dilakukan oleh menteri berkenaan.

Khairuddin dilaporkan pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan hasil ketiga-tiga ujian saringan ke atasnya didapati negatif COVID-19.

Pun begitu, menteri berkenaan telah dikenakan kompaun pada 7 Ogos dan telahpun menjelaskan denda tersebut, tulis KKM.

Gambar: KKM

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.