Siakap Keli

Kanak-Kanak Ditemui Mati Disyaki Didera, Suspek Pemandu Grab Diburu Polis

PETALING JAYA, 22 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua (2) tahun ditemui mati di sebuah kediaman di Pangsapuri Vista Damansara malam tadi, disyaki akibat didera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketika sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa sedang didukung oleh seorang wanita dipercayai ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sehubungan itu, mangsa dan ibunya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan dan hasil siasatan awal mendapati, terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa.

“Hasil maklumat awal ibu mangsa telah meninggalkan mangsa bersama suspek di rumah untuk membeli makanan.

“Setelah pulang, ibu mangsa mendapati mangsa telah tidak sedarkan diri dipercayai telah didera suspek dan suspek telah melarikan diri.

“Pihak polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan maklumat, suspek, Jeetendraj a/l Balu, 26, merupakan seoorang pemandu kenderaan perkhidmatan e-Hailing (Grab).

Suspek yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor itu menggunakan kereta jenis Perodua Bezza warna biru dengan nombor daftar kenderaan VCT4194.

Dalam pada itu, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memetik kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Noridah Md Ayub di talian 019-6979891 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

 

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.