Siakap Keli

Memang Tak Masuk Akal Bulan Merdeka Ini, Beli Handphone OPPO Je Boleh Pandu Pulang Proton X70

Baru-baru ini OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu OPPO Reno4 Series dan kali ini OPPO datang lagi nak bagi korang hadiah sempena bulan kemerdekaan di OPPO Merdeka Mega Deals.

Pelbagai hadiah menarik OPPO sediakan untuk peminat setianya dan yang paling best kali ini, pada yang tengah berfikir nak beli kereta, apa kata korang tangguhkan niat tu dulu sebab OPPO nak belanja korang sebuah kereta tau.

Rugi kalau korang tak sertai cabutan bertuah ni, sebab hadiah utamanya ialah sebuah Proton X70 bernilai RM95,000 hanya untuk seorang pemenang bertuah.

Kemudian, pada minggu pertama 10 pemenang bertuah akan menerima jam tangan pintar COROS Apex bernilai RM1,299.

Minggu kedua pula, 5 buah Nintendo Switch yang bernilai RM1,799 menanti lima pemenang bertuah dan minggu terakhir, tiga pemenang bertuah akan membawa pulang Gintell Devano S FUNtastic yang bernilai RM2,988.

Dalam kempen OPPO Merdeka Mega ini, OPPO nak ajak korang sertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Macam mana caranya? Mudah je.

  1. Korang perlu dapatkan peranti-peranti terpilih OPPO bermula 22 Ogos hingga 16 September 2020, kemudian muat turun aplikasi My OPPO di telefon pintar anda.
  2. Isi borang dan muat naik resit pembelian peranti OPPO tersebut di aplikasi My OPPO.
  3. Setelah selesai pendaftaran, korang akan menerima nombor cabutan bertuah pada 27 Ogos, 5 September, 10 September dan 17 September.
  4. Tunggu pengumuman cabutan bertuah secara langsung di laman rasmi Facebook OPPO pada 27 Ogos, 5,10 dan 17 September. Semua tarikh tersebut akan diumumkan pada jam 9 malam.

Berikut adalah peranti-peranti terpilih yang melayakkan korang sertai cabutan bertuah di OPPO Merdeka Mega.

Find X2 Pro A91
Find X2 A31 (6 GB + 128 GB)
Reno4 Pro A31 (4 GB + 128 GB)

Reno4

A31 (4 GB + 64 GB)
Reno3 Pro A12 (3 GB + 32 GB)
Reno3 A12 (4 GB + 64 GB)
A92 A12e (3 GB + 64 GB)

Untuk pengetahuan korang, kalau korang beli OPPO Find X2 sekarang dengan harga RM3,999, korang akan dapat rebat RM300 dan percuma Enco Free yang bernilai RM499 dan harga baharu OPPO Reno3 sekarang hanya RM1,499 berbeza dengan harga sebelum ini iaitu RM1,699

Dalam kempen yang sama, OPPO juga mengadakan cabutan bertuah Give Away. Pelbagai hadiah yang menarik menanti para pemenang bertuah.

Hadiah pun boleh tahan padu. 350 pemenang bertuah boleh memenangi Enco Free, OPPO Bagpack, baucer KFC bernilai RM5, Earphone dan Thermos pintar. Jangan tunggu lagi serbu outlet OPPO yang terpilih sekarang dan rembat hadiah korang. Macam mana nak sertai? Mudah je.

  1. Dapatkan peranti terpilih dari OPPO bermula 22 Ogos hingga 16 September 2020 di mana-mana outlet OPPO yang terpilih.
  2. Tunjukkan resit pembelian untuk sertai cabutan bertuah
  3. Putar dan menang

Untuk terma dan syarat lebih lanjut sila klik di SINI

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman Facebook OPPO Malaysia sekarang dan jangan lepaskan peluang rebut Proton X70 korang sekarang.

Bagi peminat siri OPPO Reno korang patut beli OPPO Reno4 Pro yang terbaharu kerana pelbagai fungsi-fungsi terkini yang dimuatkan dalam edisi kali ini. Terutama sekali, fungsi-fungsi fotografi dan video yang pasti buat korang teruja untuk mencubanya.

AI Color Portrait

OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan OPPO Reno4 Pro baru-baru ini. OPPO Reno4 Pro ini adalah peranti terbaru dalam siri OPPO Reno. Edisi kali ini menawarkan pelbagai fungsi terbaru dalam fotografinya.

AI Color Portrait salah satu fungsi terbaru dalam OPPO Reno4 Pro kali ini yang berfungsi mengekalkan warna subjek dalam keadaan portrait dan menukarkan latar belakang kepada warna hitam putih. Untuk pengetahuan korang, fungsi AI Color Portrait boleh juga digunakan untuk video.

Night Flare Portrait

Selain itu fungsi Night Flare Portrait juga antara yang menarik dalam mod fotografi dalam OPPO Reno4 Pro kali ini. Korang boleh mengaktifkan filter dalam mod portrait. Setiap kali korang mengaktifkannya, ia akan menggabungkan gambar biasa dengan algoritma LLHDR untuk memberikan korang gambar yang lebih dinamik. Fungsi ini hanya boleh digunakan untuk kamera utama sahaja. Cahaya bokeh akan ditambah secara automatik di latar belakang gambar dan pengguna akan mendapat gambar malam yang natural.

960fps AI Slow Mo

Bagi penggemar merakam video menggunakan telefon pintar pula, anda akan kagum dengan fungsi AI Slow Motion sehingga 960fps. Korang boleh tukarkan video original 240fps@720p ke video gerak perlahan 960fps@720p.

 

Ultra Steady Video 3.0

Bagi anda yang suka merakam aktiviti lasak seperti rakam video Ketika berlari, memanjat gunung dan sebagainya, OPPO Reno4 Pro disertakan dengan fungsi Ultra Steady Video 3.0. Anda boleh merakam video yang stabil, jelas dan berkualiti tinggi dengan scenario yang berlainan.

Pengecasan Pantas 65W SuperVOOC 2.0

Kalau korang jenis tak menyabar nak tunggu bateri penuh Ketika dicas, korang jangan risau OPPO Reno4 Pro ini didatangkan dengan adapter pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Ini adalah pengecasan telefon terpantas berbanding telefon pintar lain yang menawarkan tingkat harga yang sama dan boleh mengecas penuh dengan mengambil masa 36 minit sahaja.

Berikut adalah perbezaan OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro

Layari laman media social rasmi OPPO seperti Facebook, Instagram dan Youtube untuk pelbagai info terkini mengenai produk terbaharu keluaran OPPO.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)