Siakap Keli

Selalu Post Iklan Di Facebook Tapi Asyik Kena ‘Reject’? Lelaki Ini Dedah Kesilapan Yang Paling Kerap Anda Lakukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai peniaga atas talian (online seller), salah satu medium paling mudah digunakan adalah Facebook.

Masakan tidak, Facebooklah satu-satunya media sosial yang boleh dikatakan paling ramai digunakan oleh warga maya, merangkumi pelbagai lapisan umur.

Dalam berniaga di Facebook, pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk memastikan jualan kita itu laris dan ‘laku keras’.

Namun, pernahkah sebelum ini iklan-iklan jualan yang anda paparkan di’reject‘ oleh Facebook? Apa salah anda sebenarnya?

Mari ikut pendedahan yang dikongsikan oleh pemilik Twitter Abe Hurairah di bawah ini.

1. Iklan topik sensitif

Tidak dinafikan, terdapat segelintir peniaga online yang sanggup menggunakan ayat atau perkataan sensitif demi menjual produknya.

Alasan yang paling biasa digunakan; “Itu kan teknik marketing,”

Namun dalam tidak sedar, peniaga tersebut sudah melanggar etika perniagaan, apatah lagi jelas menonjolkan akhlak yang tidak baik.

Kalau daripada tutur bicaranya yang pun sudah ‘menyimpang’, apakah masih ada keyakinan buat pembeli untuk membeli produknya?

Peniaga haruslah menjadi seorang yang positif dan turut menyebarkan positive vibes. Begitulah.

2. Penggunaan fungsi Caps Lock, tanda seru berlebihan & perkataan lucah

Perkataan lucah itu secara umumnya merujuk kepada frasa-frasa yang kurang enak dibaca.

Kitakan orang Malaysia, penuh dengan adab ketimuran, lebih-lebih lagi bagi peniaga beragama Islam, akhlak dan adab yang baik perlu seiring sekali dalam bermuamalah.

Di bawah ini adalah polisi iklan yang ditetapkan oleh Facebook.

3. Jangan guna gambar perbandingan sebelum & selepas

Isu guna gambar sebelum dan selepas ini sebenarnya banyak menimbulkan keraguan di kalangan pembeli.

Antara persoalan yang timbul adalah;

“Adakah benar kedua-dua orang dalam gambar ini adalah orang yang sama?”

“Yakinkah ini gambar sebenar dan bukan dimanipulasikan atau disunting?” (baca: Adobe Photoshop)

Dan banyak lagi bentuk-bentuk persoalan yang muncul dalam minda pembeli.

4. Iklan berunsur skim cepat kaya

Ada sesetengah peniaga yang gemar claim sesuatu pulangan jualan yang boleh dikatakan tidak masuk akal.

Kadang-kadang yang dibicarakan dalam iklan ibarat ‘gunung’, tapi bila pembeli mula ‘korek’ dengan lebih dalam lagi, rupa-rupa hakikatnya seperti ‘tanah’ sahaja.

Penulis pernah terbaca satu tips perniagaan daripada seorang usahawan, katanya dalam beriklan, sebaiknya jujurlah dengan produk sendiri.

Tidak rugi apa-apa pun. Jangan risau akan respon pembeli. Kadangkala pembeli lebih suka dengan penjual yang humble, tidak berlebihan dalam mempromosi serta jujur.

Begitulah empat kesilapan yang mungkin sebelum ini kita selalu buat dalam beriklan di Facebook.

Hasil daripada bacaan tips ini, moga-moga peniaga online di luar sana boleh tutup buku lama dan buka buku baru untuk buat perubahan.

Semoga perniagaan anda bertambah maju dan anda juga dimurahkan rezeki yang berlipat ganda. Ameen..

Sumber: Abe Hurairah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.