Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 8 Kes Baharu Hari Ini Termasuk 5 Kes Tempatan Dari Kluster Tawar

PUTRAJAYA, 22 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lapan (8) kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat ke 9,257 kes.

Daripada lapan (8) kes tersebut, tiga (3) daripadanya adalah kes import manakala lima (5) lagi merupakan penularan tempatan.

Kesemua kes tempatan dikesan dari Kluster Tawar, Kedah.

Sementara itu, sebanyak empat (4) kes sembuh dicatatkan, menjadikan angka kumulatif sembuh terkini meningkat ke 8,949 kes bersamaan 96.67 peratus.

Turut dilaporkan, tiada kluster dan kematian baharu hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.