Siakap Keli
Gambar: Agensi

Turki Umum Temui Telaga Gas Asli Di Laut Hitam, Terbesar Dalam Sejarah Negaranya

ANKARA, 22 Ogos – Kerajaan Turki menemukan sebuah telaga gas asli terbesar di Laut Hitam, umum presidennya, Recep Tayyip Erdogan.

“Jumlah gas yang ditemui oleh kapal gerudi galian negara, Fatih itu adalah sebanyak 320 bilion meter padu,” katanya kepada pemberita di Dolmabahce Palace, Istanbul semalam.

Dalam pada itu, Turki mensasarkan akan menyediakan sumber gas asli untuk kegunaan awam menjelang 2023, selain turut menjangka beberapa telaga gas lain lagi bakal ditemui di sekitar perairan tersebut.

Grafik: Anadolu Agency

Dilaporkan, segala ujian, analisis dan kajian kejuruteraan sudah lengkap dijalankan di tapak penemuannya, Zon Tuna yang kini dinamakan sebagai Zon Gas Sakarya.

“Penemuan yang ditemui di telaga ini hanyalah sebahagian daripada sumber-sumber galian lain yang lebih kaya.

“Saya berharap berita-berita gembira akan datang dari eksplorasi rakyat Turki di Laut Mediterranean,” tambahnya lagi.

Jelas Erdogan, dengan penemuan gas asli terbesar tersebut, Turki tidak perlu lagi bergantung dengan sumber luar, malah ia turut membantu ekonomi negara.

Difahamkan, kerja-kerja penggalian jentera Fatih sudah mula beroperasi pada 20 Julai lalu.

Sumber: Anadolu Agency

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.