Pelbagai perkara yang pelik gemar dirakam oleh segenap pengguna media sosial pada hari ini.
Ada yang berunsur humor, ada yang menyedihkan, ada yang menyeramkan dan banyak lagi.
Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Twitter Alex Eccleston memuat naik satu rakaman video yang memaparkan ‘suasana’ dalam sangkar kelawar.
Kelawar kan sifatnya akan bergayut secara terbalik, kaki mencengkam di atas dan kepala di bahagian bawah.
Menariknya, rakaman tersebut dibuat secara terbalik, jadi kelawar-kelawar itu seolah-olah berdiri dan suasananya sudah macam kelab malam dunia Gothic.
Mari tonton video ini.
Hanging bats filmed upside-down look like a Goth nightclub. pic.twitter.com/9AF9ouvcny
— Alex Eccleston (@AventuraObscura) August 20, 2020
Sumber: Alex Eccleston