Siakap Keli

Bapa Didakwa Melakukan Serangan Seksual Kepada Anak Sendiri,7

Thailand: Seorang lelaki yang berusia 38 tahun di wilayah timur laut Udon Thani telah ditangkap kerana didakwa melakukan perbuatan cabul dengan anak perempuannya di bawah umur. Polis menahan lelaki itu pada hari jumaat di rumah sewanya. Dia juga didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Seorang wanita berusia 38 tahun, yang namanya dirahsiakan, membawa anak perempuannya yang berusia 7 tahun, untuk membuat laporan polis mengenai perbuatan cabul, yang didakwa dilakukan oleh ayahnya sendiri.

Dia memberitahu polis bahawa ini adalah kali kedua ayahnya itu cuba memperkosa anak perempuannya.

Wanita itu juga mengatakan bekas suaminya itu melakukan perbuatan itu di rumah sewanya. Mangsa berjaya melarikan diri kembali ke rumahnya dan menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan neneknya.

Mangsa serta ibu dan nenek itu telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi maklumat lebih lanjut berkenaan dengan kejadian yang berlaku.

Bapa kepada mangsa dilaporkan telah berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis Muang Udon Thani untuk disoal siasat.

Suspek bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menyatakan bahawa dirinya adalah seorang pekerja keras serta dia sama sekali tidak akan melakukan perkara terkutuk itu kepada anaknya.

Dia juga mendakwa perkara ini adalah sebahagian daripada konspirasi terhadap dirinya.

Ujian air kencing yang telah dilakukan mendapati terdapat pengambilan narkotik daripada lelaki itu.

Dia didakwa melakukan tingkah laku pencabulan dengan kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun dan mengambil narkotik.

Sumber: thethaiger

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.