Siakap Keli

KPM Umum Kaedah Pentaksiran Baharu Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus Bagi Tingkatan 1 & 4

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus.

Jelas KPM, sekolah-sekolah tersebut adalah melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2021.

“KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid tingkatan satu dan tingkatan empat ke Sekolah Khusus secara single entry point.

“Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat,” maklum kenyataan tersebut, hari ini.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus melibatkan SBP (tingkatan satu dan empat), SMKA (tingkatan satu dan empat), SMT (tingkatan empat), KV (tahun satu Sijil Vokasional Malaysia) dan MTD (tingkatan empat).

Sehubungan itu, permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my manakala bagi permohonan ke tingkatan empat adalah melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

“Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, bagi permohonan dalam talian, tarikh akan dibuka dari 7 September hingga 2 Oktober 2020 bagi tingkatan satu dan 7 September hingga 2 Oktober 2020 bagi tingkatan empat atau tahun satu SVM.

“Bagi proses semakan pusat pentaksiran, ia akan berlangsung dari 7 hingga 23 Oktober 2020 untuk tingkatan satu, manakala 12 Oktober hingga 6 November 2020 untuk tingkatan empat atau tahun satu SVM.

“Manakala peringkat pelaksanaan pentaksiran pula akan berjalan dari 12 hingga 23 Oktober 2020 untuk tingkatan satu dan 26 Oktober hingga 6 November 2020 untuk tingkatan empat atau tahun satu SVM,” jelas kenyataan tersebut.

Difahamkan, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan tersebut merangkumi tiga bahagian, iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).

“Kaedah pelaksanaan ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

“Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020,” jelas kenyataan itu lagi.

 

KENYATAAN MEDIA PENTAKSIRAN BAHARU KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TAHUN 202123 Ogos 2020

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Saturday, 22 August 2020

Sumber: KPM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.