Siakap Keli

Mak Ayah Kena Elak 3 Sifat Toksik Ini Agar Anak Tidak Hilang Keyakinan Diri – Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya mempunyai personaliti yang baik dan positif agar hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih indah.

Dalam masa sama, anak-anak juga dapat membesar dengan baik, serta bole membantu perkembangan minda dan jiwa mereka dengan lebih berkesan.

Namun, tahukah anda, sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada fitrah iaitu membuat kesalahan atau berlaku tidak baik.

Sikap negatif yang kita amalkan sedikit sebanyak boleh memberi kesan buruk kepada anak.

Menurut perkongsian seorang pengamal perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol, ada tiga sifat negatif atau lebih jelas lagi, ‘toksik’ yang ibu kena jauhi agar anak-anak tidak hilang keyakinan diri.

Mari ikuti penjelasannya di bawah ini.

Gambar: Redza Zainol

Tiga (3) sifat toksik ini kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.

1. Stonewalling

Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:-

  • Tak menjawab soalan anak
  • Sengaja lambat jawab soalan anak
  • Tak cakap apa-apa
  • Terus tinggalkan anak
  • Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan

Contoh: “Papa suka makan apa?”. Kita jawab, “Entah. Pape jelaaa.”

Bila perangai macam ni berulang, anak rasa lagi baik cakap dengan dinding. Sekurang-kurangnya cakap dengan dinding, taklah rasa sakit hati.

2. Tiada sebarang reaksi pada wajah dan abaikan anak (Expressionless & being ignored)

Contoh: Balik rumah je, anak semangat nak cerita tentang benda baru yang dia belajar dari buku. Kita pun buat-buat dengar sampai habis. Tapi sampai ke sudah tak bagi apa-apa respon.

Yang buat anak jadi keliru adalah air muka mak ayah tak ada reaksi langsung, lepas itu diam je.

Yang sebenarnya kita tak fokus pun pada cerita anak.

Sambil dengar, sambil tu tengok cerita Korea. Katanya nak luang masa dengan anak, tapi tangan duk pegang telefon ralit balas mesej WhatsApp.

Maksud beri perhatian pada anak ialah kita 100% fokus pada anak waktu itu. Kita adalah betul-betul ‘present‘ di hadapan si kecil kita tu.

Gambar sekadar hiasan.

3. Gaslighting

Maksudnya kita meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.

Contohnya: Anak balik dari asrama, dia mengadu ada budak lain asyik pegang-pegang dia. Tapi kita jawab, “Biasalah tu. Tak ada apalah.”

Atau anak balik dari rumah pengasuh kata itu dan ini. Kita pun kata anak kita cakap yang bukan-bukan.

Si kecil kita pun jadi keliru dengan apa yang berlaku dan hilang rasa percaya pada diri sendiri. Dia akan fikir semua pendapat dia memang tak penting.

Gambar sekadar hiasan.

Bila 3 sifat mak ayah ini diulang setiap hari:

  • Anak jadi tak percaya pada diri sendiri
  • Keyakinan diri yang sangat rendah
  • Selalu buat keputusan hidup yang salah akibat asyik dengar cakap orang lain
  • Asyik kritik diri sendiri (self criticism)
  • Tak tahu cara urus dan kawal emosi sendiri

Bila anak ni besar dan berkeluarga, mereka mungkin akan buat perkara yang sama pada anak sendiri.

Jangan tidakkan apa yang anak kita rasa. Acknowledge apa yang mereka rasa dengan cara pandang, dengar dan peluk mereka.

Tolong bantu saya sebarkan ilmu ini kepada mak ayah yang lain. Moga ada yang dapat manfaat.

Jemput follow FB Redza Zainol supaya tidak terlepas info kesihatan kanak-kanak percuma di wall saya.

Nak tahu 1 lagi sifat toksik mak ayah?

Saya akan kongsikan di Channel Telegram saya di https://t.me/NotaRedzaZainol.

Sumber: Redza Zainol

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.