Siakap Keli

Perkenalan Tiga Tahun Lebur, Warga Emas 68 Tahun Rugi Lebih RM200k Ditipu Bakal ‘Suami’ Dipercayai Scammer

JOHOR BAHRU, 23 Ogos – Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun mengalami kerugian sebanyak RM257,172 selepas ditipu sindiket penipuan Phone Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, ACP Mohd Salleh Abdullah berkata, mangsa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama lebih kurang tiga (3) tahun.

“Suspek dikatakan ingin berkahwin dengan mangsa dan telah menghantar wang tunai sebanyak USD750,000 bagi tujuan pembelian rumah dan kereta untuk kegunaan mangsa.

“Suspek memberitahu mangsa wang tersebut akan dihantar melalui Ejen Penghantaran Wang USA.

“Mangsa telah dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menyamar sebagai Ejen Penghantaran Wang dari Kuala Lumpur dan telah meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM300,000 sebagai yuran proses kastam dan cukai penghantaran wang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan kumpulan sindiket Phone Love Scam.

“Orang ramai seharusnya lebih peka dan menyemak dengan pihak polis sebelum melakukan sebarang transaksi yang meragukan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Polis Johor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.