Siakap Keli
Sedutan video yang tular di media sosial.

Tiada Elemen Gangsterism Dalam Pergaduhan Di Dataran Merdeka – Polis

KUALA LUMPUR, 23 Ogos  — Tiada elemen gangsterisme atau kumpulan haram ditemui dalam pergaduhan kumpulan di Dataran Merdeka awal pagi tadi kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Addullah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, malah salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.

“Kami menerima panggilan pada 1.29 pagi tadi, mengenai kejadian pergaduhan melibatkan beberapa remaja yang dilihat menggunakan topi keledar di Dataran Merdeka. Kami dengan segera mengerakkan pegawai kami termasuk pasukan Ops Cantas daerah ke lokasi, namun apabila tiba di tempat kejadian, tiada pergaduhan berlaku.

“Dipercayai salah faham antara dua kumpulan remaja di lokasi menjadi penyebab pergaduhan itu dan bukannya gangsterisme atau aktiviti kumpulan haram,” kata Mohd Fahmi dan menambah tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun beliau berkata, seorang pegawai daripada pusat kawalan daerah telah membuat satu laporan berkaitan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata di tempat rusuhan.

Sebuah video 15 saat telah viral di sosial media awal hari ini menunjukkan kira-kira tujuh remaja, dengan sebahagian mereka bersenjatakan topi keledar, bergaduh di Dataran Merdeka di sini.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.