Siakap Keli

Bateri Tahan 57 Hari, Ini ‘Smartphone’ Murah Paling Banyak Dicari

Pasti ramai yang sedang mencari telefon bimbit namun pening memikirkan telefon bimbit apa yang sesuai dengan kegunaan.

Ada sesetengah orang mementingkan ciri design telefon tersebut, ada yang mementingkan kebesaran memori yang dapat ditampung sesebuah telefon bimbit itu dan ada juga yang mementingkan kuasa bateri sesuatu telefon itu.

Kini anda tidak perlu pening-pening kepala lagi. Ini kerana dengan peranti realme c12 yang bakal muncul di pasaran 25 Ogos ini, anda tidak perlu risau lagi dengan bateri telefon bimbit anda cepat habis.

Nak tahu kenapa? Jom kami ceritakan.

1.Rekaan unik, skrin besar 6.5 inci, tengok movie pun puas hati

Dilengkapi dengan skrin berukuran 6.5 inci 20: 9, peranti realme C12 ini didatangkan dengan bidang pandangan yang lebih besar. Secara tidak langsung, ianya membolehkan anda menikmati bidang pandangan yang lebih luas serta bakal memberikan anda pengalaman merasai skrin yang hampir penuh.

Struktur dalaman skrin untuk peranti realme C12 ini pula menggunakan stack process yang telah ditambah baik. Nisbah skrin hingga 88.7% berjaya mengurangkan gangguan visual kepada pengguna semasa menggunakan peranti yang hadir dengan skrin penuh berukuran 6.5 inci ini.

Bagi rekaan pula, realme telah mengenakan Geometric Design pada peranti realme C12 ini buat pertama kalinya. Trapezoid yang terdapat pada bahagian belakang peranti ini memecahkan ia kepada 3 bahagian dengan sudut garis yang berbeza. Reka bentuk ini membolehkan warnanya seakan bertukar apabila dilihat daripada sudut yang berlainan.

Reka bentuk geometri ini dapat memberikan kesan visual yang tidak dapat diramalkan, dan inilah yang membuatkan rekaan realme C12 ini unik. Untuk pemilihan warna, peranti ini didatangkan dengan dua warna menarik iaitu Marine Blue dan Coral Red.

 

2. Bateri besar boleh tahan sampai 57 hari dalam mod standby, siap boleh jadi power bank lagi

Bagi kebanyakan daripada kita, kemampuan bateri sesebuah telefon bimbit itu pastinya amat diutamakan. Menurut ujian makmal realme, dengan kapasiti 6000mAh, peranti realme C12 ini mampu bertahan hingga 57 hari dalam mod standby.

Bukan tu saja, realme C12 ni juga boleh menjadi penyelamat anda sekiranya peranti anda yang lain kehabisan bateri. Ini kerana, dengan ciri pengecasan berbalik OTG mereka, anda hanya perlu sambungkan sahaja realme C12 pada port pengecasan peranti anda menggunakan adapter dan peranti anda itu akan terus masuk kepada mod pengecasan.

Selain dari itu, dengan menggunakan Super Power Saving Mode pula, realme C12 memberikan anda kebebasan untuk memilih 6 aplikasi utama yang anda mahu kekal aktif untuk mencapai tahap jangka hayat bateri yang paling efisen dan pada masa yang sama telefon pintar akan mengaktifkan mod penjimatan bateri agresif.

Menurut kajian yang dijalankan oleh realme Lab pula, anda boleh menggunakan applikasi YouTube serta Whatsapp selama hampir 2 jam sekiranya bateri telefon bimbit realme C12 anda hanya tinggal sebanyak 5%.

3. Model C pertama yang menawarkan tiga kamera

Bagi kameranya pula, peranti ini menawarkan tiga kamera AI 13MP. Realme C12 mempunyai kamera utama yang menggunakan 13 MP image sensor, dengan saiz apertur f / 2.2 yang mampu mengumpul cahaya mencukupi untuk menghasilkan imej lebih jelas dan cerah.

Selain dari itu juga, ia turut menyokong fungsi PDAF yang membantu kamera mendapatkan fokus dengan lebih cepat dan tepat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil gambar jarak jauh dengan jelas menggunakan ciri 4x zoom pada peranti realme C12.

4. Mod nightscape

Mod Nightscape kamera C12 menjanjikan kualiti gambar malam yang terbaik dalam kelas permulaan.

Mod ini akan mengambil beberapa gambar dengan exposure berbeza. Kemudian, ia akan menggabungkan bahagian terbaik setiap foto untuk menghasilkan satu imej yang lebih jelas dan cerah.

5. 5MP kamera selfie

Di bahagian depan pula, kamera selfie 5MP peranti ini boleh mengambil gambar selfie anda dengan penuh jelas. Kamera ini juga turut menyokong fungsi beautification, mod HDR, mod potrait serta ciri Panoselfie yang dapat membantu anda untuk mengambil gambar selfie yang digabungkan dengan mod panorama. Secara keseluruhannya, kamera ini pastinya dapat memberikan pengalaman yang memuaskan kepada pengguna.

6. Hadir dengan cip MediaTek Helio G35

Didatangkan dengan cip pemproses MediaTek Helio G35, inilah sebab mengapa ianya adalah antara yang terbaik dalam kelas permulaan.

Cip MediaTek Helio G35 ini adalah processor lapan teras yang mampu mencapai sehingga 2.3 GHz. Ianya juga menggunakan struktur Cortex A53. Ianya juga adalah antara yang terpantas dan terbaru dalam kategorinya.

Justeru, ianya sangat sesuai untuk pengguna biasa serta kaki game kerana ia mampu untuk menampung applikasi pertengahan hinggalah kepada yang berat serta game yang berat. Berbanding dengan telefon lain di segmen ini, skor yang diberikan ke atas realme C12 ini lebih tinggi berbanding peranti lain.

realme C12 ini hadir dalam 2 varian yang dikuasakan oleh RAM LPDDR4X. Berbanding dengan LPDDR3. Prestasi grafik ditingkatkan sebanyak 20% dan prestasi RAM pula sebanyak 100%.

7. Memori

realme C12 ini didatangkan dengan varian memori 3 + 32GB dan ia juga dilengkapi dengan 3 slot kad untuk dua kad SIM dan satu kad SD (sehingga 256GB).

8. Sensor cap jari yang canggih

Peranti realme C12 ini juga turut dilengkapi dengan sensor cap jari serta sistem pengecaman wajah yang sangat laju. Dengan hanya satu klik atau sepintas lalu sahaja, peranti ini dapat dibuka dan boleh diguna pakai.

9. realme UI

Dilengkapkan dengan realme UI yang berdasarkan Android 10 dan ColorOS 7, ianya pasti dapat memuaskan pengguna terutamanya pengguna dari golongan muda.

Untuk mencapai reka bentuk sebenar dalam kesan visual, realme UI ini direka bagi mengekalkan 4 perkara dalam fikiran iaitu warna sistem, ikon, wallpaper dan animasi.

Dari segi warna, realme UI menggunakan warna yang pekat dan terang untuk mendapatkan skema warna yang tulen, di mana ianya dapat membuat peranti itu tampak lebih hidup dan segar.

Bagi ikon pula, anda juga turut boleh memodifikasi ikon yang terdapat pada peranti anda. Pengguna bukan sahaja boleh mengubah bentuk dan ukuran, malahan juga boleh mengubah ukuran grafiknya sekali.

Untuk memadankan ikon aplikasi yang gempak, realme UI juga turut hadir dengan 11 wallpaper terbaru yang diinspirasikan dari elemen natural yang pastinya sesuai dengan skema warna.

Dari segi sistem animasi pula, realme UI dilengkapi dengan enjin animasi kuantum terkini, yang akan meningkatkan kelancaran skrin. Sementara itu, pelbagai pengoptimuman telah ditambah baik dalam perincian animasinya, menjadikannya sangat bergaya dan menyeronokkan.

Bagi anda yang tertanya-tanya, berikut ialah spesifikasi lengkap realme C12

  • Bateri 6000mAh dengan ciri pengecasan berbalik OTG
  • Skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+
  • RAM 3GB/4GB LPDDR4x
  • Storan 32GB dan menyokong kad MikroSD sehingga 256GB
  • Kamera belakang: 13MP + 2MP B&W lens + 2MP Macro Lens
  • Kamera hadapan 5MP
  • realme UI berasaskan Android 10
  • Cip pemprosesan MediaTek Helio G35

Nak tahu harganya? Nantikan pelancarannya secara langsung di Facebook realme pada pukul 11 pagi esok (25Ogos 2020).

Klik sini untuk ikuti pelancaran realme C12 secara langsung.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.