Siakap Keli

Dari Berat Badan 90kg Turun Hingga 69kg, Gadis Ini Amalkan Diet Suku-Suku Separuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Macam tak percaya gadis ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 20 kg dalam masa tiga bulan sahaja. Tak percaya? Cuba baca tips di bawah telah terbukti benar. Gadis ini berjaya turunkan berat badan dengan hanya mengamalkan makanan suku-suku separuh.

Kalau dia boleh kenapa tidak kita? Jadi, jom teliti satu persatu gambar makanan yang dikongsikan oleh seorang gadis, Syabella Huda di laman Facebooknya. Manalah tahu mungkin boleh jadi rujukan untuk korang.

Saya start dari 90kg, masa tu saranan doktor sebab saya sakit. Jadi, saya buat selama 3 bulan 69 kg dan sekarang saya tengah usaha untuk dapat berat ideal 65/63 kg macam tu. 

Klik sini untuk lihat apa yang menarik.

Senaman saya hanya exercise ikut rentak lagu dalam bilik untuk tak nak saya stress fikir nak ‘gym’ bagai. ‘Gym’ saya pergi 3 bulan 2 kali je sebab student. Takde masa. Diet saya macam 95% pada food. Exercise hanya sampingan, now berat latest 69.

Skipping boleh buat jugak. 100 pagi nak senja sebelum Maghrib 100. 

“Senarai menu dari saya selama saya makan…”

Senarai menu dari saya selama saya makan. ‘Meal’ ni kebanyakan saya tak makan nasi! Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang. Kadang saya makan pagi dan tengah hari, petang dah tak makan. Saya makan 2 kali sehari.

Katanya semasa dihubungi, gadis ini melakukan pelbagai jenis diet supaya tidak berasa jemu. Tambahnya lagi, pada pukul 6 hingga 7 petang merupakan waktu untuk makan malam, lebih dari waktu itu dia tidak lagi mengambil makanan hanya minum air sahaja.

Saya student, memang waktu makan tak menentu, kalau pagi saya ambik, tengah hari saya skip dan ganti dengan makan petang terus saja.

 

Sumber: Syabella Huda

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang