Siakap Keli

Dewan Luar Negara Filipina Luluskan RUU Untuk Masukkan Sabah Sebagai Sebahagian Peta Di Pasport Mereka

Jawatankuasa Dewan Luar Negara Filipina telah meluluskan rang undang-undang baharu di mana Sabah  dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu sebagai sebahagian daripada peta di dalam pasport negara mereka.

Dalam rang undang-undang Akta Pasport Filipina 1996 ini bertujuan menekankan dan menegaskan kemenangan mereka di Lautan Filipina Barat atas China di Mahkamah Tribunal Timbangtara di Den Haag, Belanda. Kerajaan Filipina mendakwa bahawa mengikut sejarah mereka ada hak terhadap Sabah.

Menurut Rep Cagayan de Oro berkata, Rufus Rodriguez merupakan individu yang mengarang rang undang-undang tersebut menambah bahawa penyertaan peta pada dokumen perjalanan negara itu akan menguatkan hak kedaulatan mereka di laut Filipina Barat.

Rang undang-undang yang tidak bernombor tersebut telah disetujui pada hari Khamis lalu. Ia juga telah menawarkan potongan harga sebanyak 32 persen untuk pemprosesan dan pembaharuan pasport untuk warga emas.

Seperti yang anda tahu, ini bukan kali pertama negara Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka dalam satu kenyataan provokatif. Susulan daripada itu, ia mencetuskan kemarahan seluruh masyarakat Asia Tenggara termasuklah mendapat reaksi daripada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di laman Twitter rasminya baru-baru ini.

Beberapa jam yang lepas, Hishammuddin sekali lagi menegaskan, Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada negara Malaysia dan tiada lagi persoalan tentang hal itu di laman Twitternya.

Sumber: CNN Philippines

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang