Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Dipercayai Boleh ‘Meletup’ Jika Tidak Dirawat, Doktor Dilapor Berjaya Keluarkan Tumor Ovari Terbesar Dari Tubuh Wanita

Doktor di India dipercayai berjaya mengeluarkan tumor ovari terbesar di dunia yang seberat 54 kilogram dari seorang wanita berusia 52 tahun, lapor Daily Mail.

Wanita yang tidak mahu dikenali itu sebelum ini pernah mengadu bahawa berat badannya mula naik mendadak dan dia tidak boleh berjalan kerana kakinya sudah mulai bengkak.

Dia tidak tahu bahawa satu tumor besar telah tumbuh pada ovarinya dan mempengaruhi 45 peratus jumlah berat badannya.

Gambar Via Daily Mail

Wanita itu telah menjalani pembedahan di Hospital Indraprastha , Apollo di Delhi.

“Saya tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini selama ini sepanjang kerjaya saya.

“Ianya satu merupakan keajaiban kerana wanita itu pulih dengan baik selepas menjalani pembedahan selama lebih 180 minit,” kata doktor yang mengetuai pembedahan itu.

Berat pada tumor itu dipercayai boleh menyebabkan ovarinya  meletup jika tidak dirawat.

Wanita itu telah melakukan pemindahan darah sebelum melakukan pembedahan kerana masalah anemia yang dialami olehnya.

Pakar bedah memuji pasukannya kerana usaha luar biasa yang dilakukan mereka ketika membuang tumor tersebut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa