Siakap Keli
Gambar: Twitter

Raih Lebih 33 Ribu ‘Retweet’, Gelagat Lucu Adik Dikongsikan Gadis Ini Undang Tawa Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah orang mempunyai hubungan yang  sangat akrab dengan adik-beradik namun ada juga di sebaliknya sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai pergaduhan.

Pun begitu, air yang dicincang tidak akan pernah putus. Sama juga dengan hubungan di antara adik-beradik yang sememangnya akan kembali bertaut walau sejauh manapun pergi.

Tidak lengkap rasanya sesebuah rumah jika tidak dipenuhi dengan riuh rendah dan gelak tawa adik-beradik, apatah lagi jika sesetengah dari mereka mempunyai perangai ‘pelik’ yang terkadang mencuit hati.

Seperti ciapan yang dimuatnaik oleh Lisa di laman Twitter, dia berkongsi mengenai perangai adik lelakinya yang menghiburkan.

Melalui perkongsian itu, adik lelakinya itu dikatakan menjual minyak wangi namun caranya mempromosikan minyak wangi tersebut menarik perhatian ramai.

Pun begitu, Lisa menjelaskan bahawa adik lelakinya sebenarnya tidak menjual minyak wangi.

Perkongsian yang telah mendapat sebanyak 33.1 ribu ulang kicau dan 56.3 ribu tanda suka itu semestinya dihujani dengan pelbagai komen.

Sumber: lisaa_aa98

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa