Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Terkejut Cuma Hamil 24 Minggu, Wanita Ini Lahirkan Anak Kembarnya Selang Dua Hari

Menjadi ibu bapa kepada anak kembar, setiap orang pastinya menjangkakan bahawa kembar tersebut akan berkongsi tarikh hari lahir yang sama.

Pun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang wanita yang dilaporkan telah melahirkan bayi kembar namun pada hari yang berlainan, lapor Daily Star.

Wanita tersebut dikatakan telah bersalin lebih awal iaitu pada minggu ke-24. Jangka waktu kehamilan biasanya sehingga 39 dan 40 minggu.

Pada minggu ke 16, ibu yang pertama kali hamil itu terkejut apabila air ketubannya telah pecah dan dia hanya melahirkan seorang bayi sahaja.

Anak kembarnya yang pertama telah dilahirkan 10 Januari tahun lalu.

Doktor berjaya menghentikan kelahiran awal tersebut dan berharap agar wanita itu akan ‘membawa’ anaknya yang satu lagi sehingga ke tarikh yang sememangnya dijangka.

Walau bagaimanapun, wanita itu telah melahirkan anaknya itu dua hari kemudian iaitu pada 12 Januari.

“Saya menjalani kehamilan yang indah dan saya menikmatinya setiap saat dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kesakitan.

“Saya melakukan imbasan seminggu sebelum air ketuban pecah dan segalanya baik-baik sahaja, jadi saya sangat keliru dan panik ketika air ketuban saya pecah pada minggu ke-24,” katanya.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa