Siakap Keli

(Video) Gelagat Kucing ‘Debab’ Cuba Panjat Tingkap Untuk Masuk Rumah Bikin Terhibur, Raih Lebih 4 Juta Tontonan

Gelagat lucu seekor kucing yang sedang sedaya upaya ‘memecah masuk’ ke rumah seorang wanita berjaya dirakamkan dan telah meraih perhatian ramai.

Rakaman yang melucukan itu telah dikongsikan oleh seorang wanita yang terhibur selepas melihat telatah kucing tersebut ketika dia sedang menikmati roti bakarnya di ruang tamu kediamannya.

Dalam klip berdurasi selama 40 saat itu, kucing tersebut dilihat memeriksa bukaan tingkap yang sempit itu sebelum melompat dan bergayut di tingkap berkenaan menggunakan kaki depannya.

Namun malangnya, kucing tersebut tampak seakan tidak berdaya pada mulanya untuk mengangkat dirinya bagi melepasi tingkap terbabit.

Walaupun begitu, dia tidak mudah berputus asa dan meneruskan usahanya sehingga akhirnya berjaya memasuki rumah wanita itu melalui tingkap berkenaan.

Video aksi kucing tersebut menyelinap masuk telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih empat juta tontonan daripada pengguna laman TikTok.

@jayee1992

All that effort and you don’t even live here. #cat #gohome #catsoftiktok #fyp #foryou #dramatic

♬ My Heart Will Go Wrong – Matt Mulholland

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa