Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

27 Pelanggan Kafe Tidak Memakai ‘Face Mask’ Dilaporkan Positif COVID-19 Selepas Dijangkiti Seorang Wanita

Seramai 27 pelanggan sebuah kafe di Korea Selatan dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 selepas seorang wanita yang berkunjung ke premis itu, lapor Chosun Media.

Menurut laporan akhbar terbabit, wanita itu telah berkunjung ke sebuah kafe di bandar Paju bersama dengan seorang rakannya.

Dalam masa hanya 2 jam 30 minit wanita itu berada di premis terbabit, dia telah dilaporkan mencetuskan kluster dengan menjangkiti 27 orang pelanggan di premis berkenaan manakala 29 orang lagi dijangkiti melalui kontak rapat.

Menurut laporan Business Insider, pegawai kesihatan mendakwa bahawa virus itu tersebar ekoran daripada banyak pelanggan yang tidak memakai pelitup muka.

“Ramai pengunjung tidak memakai topeng, dan sepertinya tidak ada pengudaraan udara yang betul di kedai walaupun penghawa dingin beroperasi kerana cuaca lembap,” kata Ketua Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) Jeong Eun.

Ianya adalah pertama kali begitu ramai orang dijangkiti pada satu masa yang sama di dalam satu kawasan. Pun begitu, pekerja di kafe berkenaan yang memakai pelitup muka serta sarung tangan dilaporkan negatif daripada dijangkiti dengan virus maut itu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan, virus itu dipercayai disebarkan melalui titisan air atau penghawa dingin yang terdapat di dalam kafe berkenaan dan sebilangan besar mereka yang dijangkiti adalah pelanggan yang berada di tingkat dua di mana tempat dia berada pada ketika itu.

Susulan daripada itu, kafe tersebut dilaporkan telah meningkatkan peraturan kebersihan di semua cawangannya dengan mengesyorkan semua pelanggan memakai topeng muka serta menangguhkan kempen promosi.

Sumber: Chosun Media

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa