Takde seorang anak pun yang ingin membebankan keluarga. Kalau boleh nak buat apa yang terdaya asalkan dapat bantu apa yang termampu.
Dalam hidup ni, tak semua orang bertuah. Ada yang perlu ‘berdarah’ sebelum nak sampai ke puncak. Kita sebagai anak selalu berjanji dengan orang tua, akan buat yang terbaik, nak banggakan mereka, dan tengok kita berjaya.
Kisah Nazirah ini memberikan inspirasi kepada anak muda lain, khususnya bagi lepasan SPM/SPMV/STPM /Matrikulasi untuk tidak menjadikan masalah kewangan sebagai penghalang jadi orang yang berjaya. Siapa kata orang yang susah tak boleh sambung belajar?
“Ayah saya bawak lori kontena dan mak saya suri rumah.
“Perjalanan saya sebagai seorang student semuanya bermula daripada bawah. Mula-mula saya give-up. Saya tak tahu apa-apa tapi dekat rumah saya explore semua benda.
Menurut Nazirah, institusi yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran sekarang ini antara yang terbaik. Ramai kawan-kawannya yang dah berjaya sebagai ‘medical officer’ lahir daripada institusi tersebut.
Pun begitu, dalam setiap senyum menzahirkan rasa bangga sebagai pelajar, hatinya tetap ‘menangis’ setiap kali terkenangkan cabaran yang dilalui dalam membina kejayaannya.
“Macam-macam cabaran sangat, mostly family. Ayah saya sakit.
“Anak mana tak sedih yang ayah dia sakit kan?
“Saya selalu terfikir, ‘ayah aku sakit ni, macam mana aku nak sambung belajar?’
“Dengan adik-adik sekolah lagi, macam mana nak belajar?
“Tapi saya kuatkan hati. Ayah pesan, ‘apa pun jadi dekat ayah, kakak mesti teruskan. Kakak kena belajar, kuatkan hati.
“Ayah saya terkena serangan jantungan dan alami minor stroke sekarang serta ada katarak dekat mata.
“Masa saya salam, peluk dia semua, mak mintak kuatkan hati untuk ayah. Kalau tak kuat, tuhan tak uji kita macam ni.
Nazirah bersyukur di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, bukan sahaja kawan-kawan malah semuanya termasuk pihak Pengurusan Tertinggi seperti pensyarah sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan ketika diperlukan.
“Alhamduillah semua orang support saya. Pensyarah saya, kawan-kawan dan keluarga semuanya sokong saya.
“Saya kuatkan hati, saya percaya ada hikmah selepas ni.
Bermula sebuah kolej biasa, kini PICOMS telah berjaya meletakan kedudukannya sebagai sebagai sebuah Kolej Universiti Antarabangsa menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains kesihatan dan pengurusan. Pada 1 April 2019, Pengarah Eksekutif yang baharu, Prof Dr Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman telah dilantik setelah mendapat perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Kini susuk tubuh ini meneruskan kesinambungan usaha-usaha sebelumnya ke arah memacu PICOMS sebagai sebuah Universiti Wakaf yang terulung di Malaysia dan dunia.
Di PICOMS, dengan segala sumber serta fasiliti yang disediakan, masalah kewangan bukan lagi menjadi penghalang kepada semua khususnya golongan asnaf dan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Cerita Nazirah antara yang boleh dijadikan contoh bahawa tiada alasan untuk berjaya, asalkan ada kehendak untuk berubah.
Bagi golongan asnaf dan B40, mereka ini telah dididik untuk berusaha sedaya mungkin mengubah lanskap kehidupan mereka dan keluar daripada kekangan ekonomi. Dengan pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan di PICOMS, mampu merubah diri dan keluarga daripada menjadi penerima zakat kepada pembayar zakat pada masa akan datang.
Antara kelebihan belajar di PICOMS adalah:
- Pendaftaran yang sangat rendah iaitu RM195 sahaja
- Kolej milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Bantuan wang saku bulanan PERCUMA RM300 kepada yang layak
- Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar
- Penerbangan pergi dan balik Sabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian
- Terbuka kepada semua bangsa
- ”Highly job marketability”
- Semua kursus diiktiraf dan berkualiti dengan kelulusan MQA (pengiktirafan Kerajaan Malaysia) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
PICOMS juga antara pencetus utama untuk anak-anak golongan asnaf terutamanya fakir dan miskin, keluar daripada kepompong kemiskinan seterusnya merubah kehidupan mereka ke arah lebih baik. Sehingga kini, 90 peratus penuntut PICOMS mendapat sumbangan RM300 sebulan untuk melancarkan lagi proses pembelajaran mereka selain turut menerima kemudahan asrama percuma, yuran pendaftaran pengajian terendah dan pelbagai keistimewaan lain.
Kursus persediaan PERCUMA bernilai RM 15,000 untuk pelajar
Pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan September 2020 kini sedang aktif dijalankan. Ianya tidak terhad kepada pelajar-pelajar MUSLIM sahaja, bahkan PICOMS turut menerima kemasukan pelajar non-muslim serta pelajar-pelajar dari luar negara.
PICOMS turut menyediakan Kursus Asas Profesional “Advancement & Preparatory Initiative (ADAPT) sebagai persediaan dan proses transisi pelajar sebelum bermulanya pembelajaran di peringkat Diploma.
Kursus berprestij yang bernilai RM15,000 ini, dianjurkan secara PERCUMA selama 6 minggu dan turut berkolaborasi dengan agensi-agensi luar yang terkemuka.
Inisiatif Melahirkan Golongan Huffaz Professional
Dalam memartabatkan lagi generasi Al Quran dalam bidang pendidikan dan professional, PICOMS mengorak langkah membangunkan Program Pro-Tahfiz. Program ini bakal melahirkan golongan huffaz profesional melalui 3 modul utama iaitu:
- Program Smart tahfiz SPM
- Program Cemerlang Tanpa SPM
- Program TVET Tahfiz OSH
Program ini menyasarkan pelajar tahfiz dari seluruh Negara berumur 17 tahun keatas dan dijangka bakal memberi impak besar dalam transformasi pendidikan generasi Al Quran.
Belum terlambat untuk membanggakan ibu bapa dengan berjaya dalam bidang yang diceburi.
Berminat melanjutkan pelajaran di PICOMS?
Daftar sekarang di www.apply.picoms.edu.my
Maklumat lanjut:
Website: www.picoms.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/picomsofficial
Hotline: 1700817997
Whatsapp: www.wasap.my/60125704997
Lawat kampus kami secara virtual: https://maps.app.goo.gl/9vcVQ88gdyPBci6GA