Siakap Keli
Gambar: ST Singapore

Bekas Bintang Bola Sepak Brazil, Ronaldinho Dibebaskan Selepas 171 Hari Ditahan

Selepas hampir enam bulan berada di bawah tahanan rumah di Paraguay, bekas bintang bola sepak Ronaldinho dibebaskan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Bekas penyerang sensasi Barcelona dan saudaranya, Roberto de Assis Moreira, ditahan kerana masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu pada 4 Mac.

Ronaldinho dan Roberto masing-masing membayar ikat jamin US$800,000 dan dipindahkan ke sebuah hotel empat bintang di Asuncion, ibu negara Paraguay.

Mereka akan dibenarkan meninggalkan negara itu, dan Ronaldinho akan dibebaskan tanpa rekod jenayah di Paraguay selepas membayar denda US$90,000. Sementara Roberto dibebaskan dengan rekod jenayah selepas melunaskan denda sebanyak US$110,000.

Roberto akan diperiksa oleh pihak berkuasa setiap tiga bulan selama dua tahun semasa berada di Brazil dan tidak dibenarkan meninggalkan negara asalnya.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right