Siakap Keli

Lebih 300k Tontonan, Pemadam Bendera Negeri-Negeri di Malaysia Jadi Watak Utama Iklan Merdeka Petronas

Seperti semua tahu, Petroliam Nasional Berhad atau lebih mesra digelar PETRONAS sentiasa hadir dengan pelbagai iklan-iklan menarik. Tak kiralah iklan merdeka ke iklan raya ke iklan puasa ke semuanya datang dengan idea ‘luar kotak’ dan menarik.

Kali ini, sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 16 September nanti, PETRONAS datang lagi dengan sebuah iklan yang berkonsepkan animasi sekumpulan pemadam bendera negeri-negeri di Malaysia.

Pemadam-pemadam ini bertutur dalam loghat negri masing-masing mengikut bendera negeri di badan mereka. Cerita bermula apabila mereka bekerjasama untuk membantu rakan mereka daripada jadi mangsa seekor kucing.

Tapi tak seronoklah kalau cerita semua kan? Korang boleh tengok video penuh di bawah. SK mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia untuk seluruh Malaysia. Semoga perpaduan dalam negara ini terus mekar dan sentiasa dirahmati Allah.

Sumber: PETRONAS

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)