Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Maksud Di Sebalik Tujuh Patung Gangsa Tugu Negara, Ini Penjelasannya

Ramai yang sedar kewujudan Tugu Negara ini, tetapi sejauh mana kita menghayati dan megetahui cerita disebalik kemegahan Tugu tersebut di negara kita?

Seperti mana yang kita tahu bahawa Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara ini dibina untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada prajurit yang terkorban dalam perang dunia.

Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 tahun, SK ingin kongsikan beberapa fakta menarik disebalik Tugu Negara yang dikongsikan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui laman Twitter rasmi mereka.

Tahun bila Tugu ini siap?

Foto: Rugged Mom

Tugu Negara ini mula dibina sejak tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966 sempena memberi satu penghormatan kepada lebih 11,000 ribu parajurit yang gugur dalam medan Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa darurat (1948-1960).

Arca berkumpulan yang tertinggi di dunia

Dibina dengan ketinggian 15 meter dan diperbuat daripada gangsa dan direka oleh Felix de Weldon. Beliau merupakab seorang pegukir dari Austria. Tugu Negara ini juga merupakan arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Maksud setiap patung gangsa di Tugu Negara

Tujuh patung yang dibina tersebut melambang sifat pemimpin, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pergorbanan dalam menghadapi musuh.

Bagaimanapun, pada tanggal 6 Ogos 1975 Tugu Negara ini rosak sebahagiannya akibat diletupkan oelh pengganas Komunis pada ketika itu.

Jika anda dapat lihat pada foto yang dikongsikan ini, terdapat satu tulisan yang cukup memberi makna di Tugu Negara ini iaitu “Demi memperingati wira-wira yang menjaga keamanan dan kebebasan. Semoga mereka dirahmati Allah.”

Sumber: Mindef Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

test