Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tidak Wajib Bawa Sejadah Untuk Solat Di Masjid, Tetapi Digalak Untuk Bawa – Ismail Sabri

Kerajaan telah memutuskan bahawa jemaah yang ingin menunaikan solat di masjid tidak wajib untuk membawa sejadah.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan bahawa, setelah mendengar rayuan yang dikemukakan orang ramai menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Sri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mewajibkan membawa sejadah untuk solat di masjid namun menggalakkan para jemaah untuk membawanya.

“Setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan seluruh mesyuarat kita bersetuju bahawa membawa sejadah tidak lagi dijadikan sebagai satu perkara yang wajib yang mana kalau tidak ada sejadah tidak boleh dibenarkan masuk untuk bersembahyang, kita boleh benarkan. Walau bagaimanapun kita masih lagi menggalakkan supaya membawa sejadah sendiri.

Oleh kerana sejadah tidak lagi diwajibkan tapi kita tidak boleh berkompromi dari segi keselamatan maka pelitup muka adalah diwajibkan. Tidak ada kompromi dari segi pelitup muka dalam masjid kerana sejadah tidak lagi jadi satu perkara wajib,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa