Siakap Keli

(Video) Wanita Ketakutan, Dakwa Ternampak ‘Patung Berhantu’ Bergerak Dengan Sendiri

Seorang wanita mendakwa berjaya merakamkan detik menyeramkan apabila satu patung yang terdapat di dalam almari bergerak dengan sendirinya.

Wanita yang bernama Holly Armstrong itu, telah merakamkan aktiviti paranormal tersebut ketika dia sedang menjaga anak-anak pemilik rumah berkenaan pada 2 Ogos lalu.

Ketika merakamkan insiden itu, Holly berada kira-kira satu meter daripada sebuah almari pakaian di mana patung terbabit berada.

Patung yang didakwa ‘berhantu’ itu dilihat menggerakkan kakinya secara statik seakan perbuatan manusia.

Pada satu ketika, patung tersebut tampak seperti mengangkat kaki kirinya sedikit.

Holly telah memuat naik video berkenaan dengan kapsyen: “5 saat sebelum saya tinggalkan rumah ini sambil ketakutan.”

Tiga hari kemudiannya, dia menjelaskan kepada pengikutnya tentang bagaimana dia boleh terperasan dengan insiden patung tersebut.

“Apa yang terjadi ialah, saya telah tinggal di rumah berkenaan untuk menjaga anak keluarga tersebut pada hujung minggu.

“Saya telah merasakan seakan ada sesuatu yang menyeramkan di tingkat atas dan cuba untuk pergi melihat. Namun selepas menyaksikan insiden itu, saya segera pergi meninggalkan kawasan terbabit.

“Saya telah memberitahu kepada keluarga tersebut dan mereka menyatakan bahawa mereka akan menyiasatnya dengan lebih lanjut. Saya masih lagi terkejut dengan insiden itu.”

Video tersebut telah menjadi tular di aplikasi TikTok. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 10 juta kali.

@hollyarmstrong20

And for that reason… I’m out✌🏼 #haunted #ghosts #spooky #wtf #foryoupage #fyp #prayforme

♬ original sound – hollyarmstrong20

Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak mempercayai dakwaan tersebut. Salah seorang daripada warganet mengulas bahawa terdapat jari yang menggerakan patung tersebut.

Tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan rakaman tersebut. Pun begitu, ianya telah tular dalam media sosial dan menyebabkan ramai yang menyuarakan rasa takut selepas menontonnya.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa