Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

14 Negara Ini Dilaporkan Mendakwa Bahawa Mereka Masih Bebas COVID-19

Seperti yang kita ketahui, dunia kini sedang bergelut dengan wabak pandemik Covid-19 yang mula-mula tercetus di China. Pun begitu, terdapat beberapa negara yang telah dilaporkan tidak merekodkan sebarang kes berkaitan virus maut itu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh John Hopkins University, sebanyak 23,443,97 kes Covid-19 telah dicatatkan serta 809,011 orang di seluruh dunia maut akibat daripada virus tersebut setakat ini.

Dalam pada itu juga, seramai 15 juta orang juga telah dilaporkan berjaya pulih.

Pun begitu, tahukah anda bahawa, terdapat 14 negara yang mendakwa negara mereka masih lagi bebas daripada sebarang kes yang berkaitan dengan Covid-19.

Menurut laporan the Business Insider, walaupun sesetengah negara itu sangat berat hati untuk mengaku bahawa negara mereka sedang menghadapi penularan wabak tersebut, namun terdapat juga negara yang kebanyakannya negara kepulauan terpencil yang berjaya untuk mengelakkan penularan wabak virus maut itu di negara mereka kerana tidak membenarkan orang luar untuk masuk ke negara mereka.

Nak tahu negara apa? Berikut adalah negara-negara tersebut:

1.Cook Islands

Negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik Selatan ini memerintah secara sendiri namun bersekutu dengan negara New Zealand. Mereka dilaporkan telah menutup pintu sempadan negara mereka selepas terdapat peningkatan kes berkenaan virus tersebut di seluruh dunia.

Pada minggu lalu, bekas perdana menteri mereka iaitu Joseph Williams telah dimasukkan ke hospital kerana disahkan dijangkiti dengan virus tersebut, namun pada ketika itu dia sedang berada di New Zealand.

Perdana Menteri, Henry Puna, menyatakan: “Kami terpaksa mengambil langkah drastik bagi melindungi rakyat kami serta untuk mengawal dan membendung virus maut ini daripada pantai kami.”

2.Persekutuan Mikronesia

Negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik ini terdiri daripada lebih 600 pulau dan mempunyai populasi penduduk sebanyak 112,640 orang.

Mereka telah menutup sempadan negara mereka dan menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat latihan sebagai persediaan sekiranya terdapat penularan wabak tersebut di negara mereka.

Rakyat negara ini yang baru pulang daripada luar negara juga dilaporkan perlu dikuarantin terlebih dahulu.

3.Kiribati

Negara di Kepulauan Pasifik ini mempunyai populasi penduduk lebih daripada 110,000.

Orang luar yang datang daripada negara yang terdapat penularan wabak ini perlu dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu.

Mereka juga perlu mengemukakan bukti bahawa mereka telah disahkan negatif sebelum dibenarkan memasuki negara ini.

4.Kepulauan Marshall

Negara ini terletak di Lautan Pasifik. Negara ini mempunyai hampir 60,000 orang penduduk dan terdiri daripada 1,156 pulau serta pulau kecil.

Nama rasmi bagi negara ini adalah Republik Kepulauan Marshall. Mereka dilaporkan telah menutup sempadan negara mereka untuk semua pelancong antarabangsa.

Penerbangan domestik antara Majuro, ibu negeri bagi kepulauan ini, dan Kwajalein, bahagian paling selatan negara ini juga telah dibatalkan.

5.Nauru

Nauru adalah negara kepulauan Laut Pasifik yang mempunyai kepadatan penduduk lebih daripada 10,000 orang.

Negara ini adalah negara pulau terkecil di dunia yang berukuran hanya lapan batu persegi.

Kerajaannya memandang serius berkenaan peningkatan jumlah kes Covid-19 di negara-negara yang terletak berhampirannya termasuk Australia dan New Zealand.

6.Niue

Niue adalah salah satu negara terkecil di dunia dengan populasi kurang dari 2,000 orang.

Negara yang terletak di Lautan Pasifik Selatan ini mempunyai hubungan rapat dengan New Zealand.

Negara ini terletak berhampiran dengan negara Tonga dan Kepulauan Cook.

7.Korea Utara

Pemimpinnya, Kim Jong-un dilaporkan telah menafikan sebarang kes yang disahkan di negara tersebut namun memberi amaran bahawa virus itu adalah merupakan suatu ancaman.

Negara ini dilaporkan telah menutup sempadannya pada Januari lalu, dan baru-baru ini dikatakan mengkuarantin bandar yang terletak di sempadan negara mereka selepas didakwa terdapat seorang ‘pembelot’ memasuki negara mereka daripada Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, pakar berasa ragu-ragu dengan dakwaan mereka yang menyatakan bahawa mereka bebas daripada virus terbabit dan percaya bahawa negara ini mungkin telah berhadapan dengan penularan wabak tersebut pada bulan Mac atau bahkan lebih awal.

8.Palau

Negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik ini terdiri daripada lebih 500 pulau dan mempunyai kepadatan penduduk seramai kira-kira 18,000 orang.

Kementerian kesihatannya telah mengeluarkan SOP untuk rakyatnya supaya melindungi diri mereka daripada dijangkiti virus tersebut. Selain dari itu, semua pelancong juga perlu dikuarantin dahulu sebelum boleh masuk ke negara ini.

“Kami tidak mahu rakyat kami berasa panik, namun pada masa yang sama kami perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disyorkan ketika ini. Ianya termasuklah mencucui tangan dengan kerap, penjarakan sosial, dan bersiap siaga seolah-olah terdapat kes yang disahkan di negara kami,” kata pihak berkuasa negara ini.

9.Samoa

Samoa adalah sebuah pulau Polinesia dengan populasi penduduk seramai 200,000 orang.

Pada bulan Mac, mereka telah mengisytiharkan darurat dan menutup sempadan negara mereka serta melarang kemasukan pesawat, bot dan juga kapal.

Negara ini berhasrat untuk kekal ditutup “sehingga diberitahu kelak” bagi mencegah wabak tersebut daripada menular di negara ini.

Orang luar yang dibenarkan masuk secara bersyarat perlu mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan termasuk perlu mengkuarantin diri mereka selama dua minggu, menjalani pemeriksaan kesihatan selepas tiga hari tiba ke negara ini dan disahkan negatif terhadap virus Covid-19 tiga hari sebelum mereka tiba di negara ini.

10.Solomon Islands

Negara yang terdiri daripada sejumlah pulau ini telah menetapkan peraturan yang sangat ketat untuk memasuki negara mereka pada mula-mula wabak ini tercetus.

Negara ini mempunyai kepadatan penduduk sekitar 652,000 orang.

Kerajaannya pada ketika ini dilaporkan sedang menyusun rancangan untuk membolehkan pelancong masuk tanpa membawa sekali virus tersebut ke negara ini.

11.Tonga

Negara Polinesia dikatakan telah mengesyaki bahawa terdapat kes penularan Covid-19 di negara ini pada Mac lalu, namun kerajaannya menyatakan bahawa ianya adalah satu amaran palsu.

Pulau ini terdiri daripada sejumlah pulau dengan populasi lebih dari 100,000 orang.

Sejak bulan Mac, Tonga telah mengkuarantinkan rakyatnya, melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam, melarang perhimpunan dan sukan bersentuhan, serta menerapkan penjarakan sosial sekiranya virus tersebut masuk ke negara mereka. Ianya juga turut dilaporkan telah menutup sempadannya terhadap penerbangan serta kapal persiaran.

12.Turkmenistan

Negara ini mendakwa bahawa mereka masih lagi bebas daripada sebarang kes Covid-19, namun pakar percaya bahawa Turkmenistan adalah negara yang paling misteri di dunia.

Negara pulau yang memperoleh kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991 ini sebelumnya telah mendakwa bahawa tiada seorang pun rakyatnya yang menghidapi penyakit HIV/AIDS, yang menurut pakar bahawa perkara itu tidak mungkin terjadi.

Pun begitu, Turkmenistan berkemungkinan dapat membendung penularan wabak ini kerana mereka dikatakan merupakan salah satu negara yang paling susah untuk dimasuki di dunia.

13.Tuvalu

Negara kepulauan Polinesia ini mempunyai kepadatan penduduk sramai 12,000 orang sahaja.

Laman web pelancongan rasminya menggambarkan negara ini sebagai “salah satu negara terkecil dan terpencil di dunia”.

Tuvalu juga menawarkan “hamparan laut yang luas yang dikelilingi dengan atol (terumbu karang yang berbentuk seperti cincin yang melingkungi sesuatu lagun, pulau cincin), lagun, terumbu karang dan pulau-pulau kecil”.

14.Vanuatu

Negara pulau Pasifik Selatan ini telah mengisytiharkan darurat pada Mac lalu yang akan berlanjutan hingga akhir tahun ini.

Negara ini mempunyai populasi seramai 292,680 orang.

Kerajaannya masih lagi menyusun strategi untuk membendung virus ini daripada masuk ke negara mereka dan bagaimana untuk mengasingkan sesiapa yang didapati dijangkiti virus Covid-19 bagi menghentikan penularan wabak tersebut.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa