Umum mengetahui, di sebalik arus kemodenan yang mendominasi kehidupan manusia, tidak dinafikan ia juga turut mengancam alam semulajadi.
Hutan banyak ditarah untuk dibuka projek pembangunan, manakala laut pula berdepan ancaman pencemaran akibat aktiviti korek pasir yang tidak terkawal.
Dalam masa sama tanpa kita sedar, semua ancaman ini memberi kesan besar yang buruk kepada satu lagi jenis hidupan, iaitu serangga.
Serangga ini makhluk kecil sahaja, tapi fungsi mereka dalam ekosistem sangat penting. Sayangnya, hari ini ia juga terbabit dengan risiko kepupusan.
Ikuti perkongsian yang ditulis oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) seperti di bawah ini.

Di Manakah Serangga Ini Sekarang?
Generasi masa kini mungkin tidak banyak melihat seperti ini.
Namun generasi terdahulu mungkin mengingati bahawa lebih 20 tahun yang lalu, pemandu kereta sering menghadapi masalah tingkap cermin depan kereta mereka dilekati dan berlanggar dengan serangga pelbagai jenis.
Situasi ini jarang dilihat pada hari ini.
Mungkin kelihatannya bagus jika kita memandu dengan cermin yang bersih tanpa dilekati atau dilanggar serangga.
Namun persoalannya, ke manakah semua serangga ini pergi?
Saintis telah membuktikan bahawa penurunan dramatik jumlah populasi serangga kita sangat berkait rapat dengan aktiviti pertanian yang tidak mesra alam yang menggunakan bahan kimia serta racun berlebihan, selain akibat daripada kemusnahan habitat, khususnya kawasan hutan.
Penurunan populasi serangga ini bukan sahaja tragedi untuk spesis ini, tetapi juga ia memberi kesan kepada ekosistem hidupan di darat yang laini kerana kurangnya serangga mampu mengganggu kitaran pemakanan burung, reptilia dan amfibia serta penurunan kadar pendebungaan tumbuh-tumbuhan.
Kejatuhan populasi serangga bakal memberikan kesan yang amat buruk kepada ekosistem hidupan liar di darat.
Tanaman menjadi tidak subur dan kepelbagaian bio semakin berkurangan.
DI MANAKAH SERANGGA INI SEKARANG?Generasi masa kini mungkin tidak banyak melihat senario seperti ini.Namun generasi…
Posted by Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA on Sunday, 23 August 2020