Siakap Keli
Kredit: Kompas TV

Dua Lelaki Ditahan Selepas Tular Video Budak Jadi Mabuk Selepas Diberi Minum Dipercayai Arak

Sulawesi Selatan, 26 Ogos- Dua lelaki berusia 20 dan 19 tahun ditahan atas kesalahan memberi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun minum dipercayai minuman beralkohol di Luwu Timur, di sini

Dalam satu video yang tular dikongsikan Kompas, kelihatan seorang pemuda menuang minuman dipercayai beralkohol ke dalam gelas sebelum ianya diteguk seorang kanak-kanak lelaki.

Pemuda itu kemudiannya menyuruh kanak-kanak tersebut berjalan pergi sambil merakam aksi mangsa yang berjalan terhuyung-hayang.

Pelaku kemudiannya memuat naik video berkenaan ke sebuah group di Facebook.

Kelihatan kanak-kanak itu terjatuh beberapa kali dan terhantuk pada timbunan kayu berdekatan semasa cuba berjalan. Pada masa sama, kedengaran suara pelaku mentertawakan mangsa berkenaan.

Menurut Ketua Polis Luwu Timur, AKBP Indratmoko, kedua-dua pelaku yang merupakan penganggur telah ditahan.

Sementara itu, kanak-kanak berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Pemeriksaan ini untuk mengetahui kesan mangsa meminum arak sementara mangsa masih kecil, berusia tiga tahun,” kata Indratmoko.

“Pemeriksaan juga dilakukan berikutan mangsa terjatuh dan kepala terhantuk pada kayu,” katanya.

Kanak-kanak malang itu ditemani dua ibu bapanya dan petugas Pusat Perkhidmatan Bersepadu untuk Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Anak Kabupaten Luwu Timur.

Tambah Indratmoko, ibu bapa mangsa merupakan penjaga kebun.

“Orang tua mangsa bekerja di kebun sebagai penjaga kebun. Kedua orang ini datang minum-minum. Namanya budak kecil, datang mendekati dan teringin lalu diberi. Kemudian dijadikan bahan jenaka,” ujarnya.

Kedua-dua pelaku kini berhadapan dakwaan melakukan kekerasan ke atas kanak-kanak dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua hingga 10 tahun. Mereka juga bakal disiasat di bawah undang-undang maklumat dan transaksi elektronik Indonesia.

Sumber: Kompas, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.