Siakap Keli

Gara-Gara ‘Dicabar’ Keluarga Sendiri, Wanita Ini ‘Balas Dendam’ Jual Dimsum Peroleh Jutaan Ringgit

Ada kenal mana-mana individu yang struggle nak besarkan anak-anak, kena pula diberhentikan kerja, lepas tu ada masalah kewangan dan masalah yang melibatkan keluarga?

Lagi-lagi waktu awal PKP, bisnes drop, sales turun sehingga menyebabkan terpaksa menanggung kerugian, nak bayar sewa, gaji pekerja dan macam-macam lagi.

Lebih menyedihkan apabila ada keluarga sendiri yang tak menyokong kita berniaga.

Inilah yang berlaku pada Puan Rosnah Bt Ahmad atau lebih mesra disapa sebagai Chacha.

Chacha pada mulanya dikenali menerusi jualan dimsum dibawah jenama ‘Chakata Dimsum.’

Perjalanan hidup Chacha sangat sukar. Perniagaannya melalui pasang surut, antara untung dan rugi. Ada masa dia terpaksa turun ke ekspo atau mana-mana pasar malam hanya untuk mencari ‘secebis’ pendapatan harian.

Kesukarannya bertambah apabila dia juga terpaksa membawa kesemua anaknya berniaga kerana tak mampu membayar upah pengasuh.

Menurutnya, pendapatan di ekspo mahupun di pasar malam tidak ‘balik-modal’.  Kos yang dikeluarkan; sewa tapak, mengangkut barangan lebih besar daripada apa yang dia peroleh.

Pun begitu, Chacha bertuah kerana sentiasa mendapat dukungan suaminya. Katanya, “Biarlah tiada orang lain yang support tapi ada suami sentiasa disisi susah senang bersama.”

Walaupun rasa perit untuk meneruskan hidup dengan anak-anak yang masih kecil lagi. Chacha tidak menganggap semua itu beban.  Dia sentiasa percaya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Cabaran dan desakan hidup Chacha dan keluarga membuatkan Chacha sangat bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Baginya, dia tidak mahu anak-anak merasa hidup susah.

Ibu mana yang sanggup tengok anak hidup susah, melarat dan tiada masa depan?

Kesungguhan Chacha memperlihatkan dirinya sanggup ‘mengembara’ dari Perlis ke Shah Alam semata-mata ingin mengubah hidup dengan menghadiri program ‘Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan.’

Ketika susah untuk mendapatkan jualan, Chacha tekad untuk menimba ilmu dan mencari seseorang yang boleh memimpin dirinya untuk berjaya.

Setibanya dia di program ‘Roket Pemasaran Momentum’, Chacha mengambil tempat duduk paling hadapan. Tujuannya, untuk mendengar sendiri segala isi input yang diajar oleh sifu, Najib Asaddok. Chacha yang sebelum itu meragui program tersebut secara tak langsung terbuka mata apabila menyedari segala yang diajar itu benar-benar memberi kesan kepada diri dan perniagaannya.

“Mula-mula ingatkan RPM ni kelas biasa-biasa je. Tapi lepas balik dari RPM dan mempraktikkan apa yang diajar Najib Asaddok, jualan ‘meroket’ daripada tak cecah RM10,000 melonjak sehingga RM25,000. Lepas tu tak berhenti setakat tu, naik lagi sampai RM40,000 dan naik lagi sampai RM60,000 sebulan.”

“Tak semestinya tak ada pelajaran tinggi tak boleh berjaya kan? Daripada tak tahu apa-apa pasal IT, tapi lepas join RPM, buat semua yang diajar Najib Asaddok, segalanya mula menunjukkan hasil.”

“Bila dah nampak bisnes makin berkembang dan sales mula cecah 5 angka sebulan, saya ambil keputusan untuk sambung belajar di peringkat seterusnya bersama Najib Asaddok. Sebelum ini, skeptikal tu ada sebab dengar macam-macam.  Tapi bila dah dapat sales 5 angka ni, terus hilang keraguan, datang pula keyakinan,” katanya.

Menurut Chacha, sebelum ini, pengeluaran dimsum harian miliknya tidak pernah mencecah 100kg, namun kini semuanya berubah menjadi luar biasa apabila pengeluarannya sudah mencecah sehingga 2 TAN SEHARI.

“Bila dah jadi macam ni, masalah baru pula muncul. Perlu tambah team, tambah waktu ‘operation’ dan paling dahsyat bila mesin kat kilang meletup gara-gara ‘over-heat’ sebab pengeluaran tanpa henti.”

“Ini yang berlaku pada tahun lepas, 2019. Rasa macam tak percaya pernah melalui semua tu. Tapi ada lagi benda yang paling tak sangka jadi tahun ni bila dapat capai jualan RM1.3 juta dalam masa 50 hari. Lagi rasa power, bila benda ni berlaku pada April 2020, yang kita tahu time tu tengah PKP. Masa tu, dalam masa 15 hari je dah dapat jualan RM1 juta.”

Chacha mengakui sebelum ‘berguru’ dengan Najib Asaddok, dia melalui saat getir dalam perniagaan sehingga susah untuk mendapatkan pelanggan. Kini, Chacha bersyukur kerana pelanggan tidak putus-putus membeli barangan jualan miliknya.

“Alhamdulillah itu rezeki yang Chacha usaha bila dapat jumpa cara yang Najib Asaddok bantu bimbing dan semua ini berlaku atas izin Allah.”

Menurut Chacha, jualan pada bulan Julai ‘Chakata Dimsum’ sahaja telah mencecah RM1.88 juta dan tahun ini, daripada Januari, telah mendapat sebanyak RM10.3 juta secara keseluruhannya.

“Bila dah berjaya mudah untuk kita tunaikan apa impian kita, impian anak-anak, impian orang yang kita sayang. Setiap pengorbanan pasti akan ada ganjaran. Kalau kita buat lebih, Allah juga akan beri lebih pada kita.”

Kesungguhan dan kejayaan perjalanan hidup Chacha wajar dijadikan inspirasi peniaga-peniaga baru.  Bukan senang nak senang.

 

Jika anda melalui apa yang pernah Chacha lalui dan ingin mengubah strategi bisnes ke arah lebih baik, sertai program ‘Roket Pemasaran Momentum’ daripada Najib Asaddok dan kuasai ilmu pemasaran terhebat.

Program 29 Ogos sehingga 30 Ogos ini akan diadakan secara online dan lebih memfokuskan tentang pengiklanan melalui Facebook. Ini masanya untuk ‘meroket’ perniagaan dan merasa jualan mencecah jutaan ringgit.

Daftar dan alami perubahan dengan bimbingan Najib Asaddok melalui program ‘Roket Pemasaran Momentum’ Edisi Merdeka. Untuk maklumat lanjut, layari link dibawah.

Website Nak Tarik Pelanggan: www.naktarikpelanggan.com

Emel: [email protected]

Hotline: 07-7717296 @ wasap.my/60108048800

Facebook: Najib Asaddok 

Instagram: Najib Asaddok 

Youtube: Najib Asaddok

Nur Farra