Siakap Keli
cara buang ketuat
Kredit: Google

Rimas Ketuat Dibadan? Ini 7 Cara Mungkin Dapat Bantu Rawat Ketuat Kurang Serius, Mudah & Buat Sendiri Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketuat merupakan sejenis ketumbuhan pada permukaan kulit yang berpunca daripada virus. Menurut laman Medical News Today, ia boleh tumbuh pada mana-mana bahagian tubuh seperti kaki dan tangan.

Satu daripada tiga kanak-kanak dan remaja dilaporkan mempunyai ketuat, namun hanya 3 hingga 5 peratus orang dewasa mempunyai ketumbuhan ini, dipercayai berpunca daripada sistem imun yang semakin kuat.

Hal ini kerana ketumbuhan tersebut bukanlah sekadar keadaan biasa, namun ia disebabkan sejenis virus yang dikenali sebagai HPV.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketuat dan cara merawatnya di rumah, mari baca perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah.

Apa itu ketuat?

Ketuat adalah pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang disebabkan oleh virus.

Human Papillomavirus (HPV) mampu menyebabkan ketuat pada kelamin apabila bersentuhan dengan kulit atau hubungan seksual dengan inidividu lain.

Selain itu, ketuat pada kelamin biasanya berkaitan dengan penyakit jangkitan seksual (STD), sementara ketuat yang biasa tidak berkaitan.

Ketuat adalah dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh disebabkan oleh salah satu daripada lebih 100 jenis HPV.

Kredit: Georgia Dermatology Center

Bolehkah anda mengubati ketuat di rumah?

Tahukah anda bagi masalah ketuat yang kurang serius, ia hanya boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan beberapa ramuan yang terdapat di rumah?

Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk hilangkan ketuat pada badan, antaranya ialah:

Cuka epal

Cuka epal boleh diambil kerana ia dianggap berfungsi seperti asid salisilik. Asid ini digunakan sebagai salah satu rawatan bagi menghilangkan masalah ketuat pada kulit yang dijangkiti.

Cuka ini juga mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang dapat membantu memerangi HPV, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikannya.

Untuk mencuba kaedah ini, campurkan cuka epal kepada 2 bahagian dan air biasa 1 bahagian.

Rendam bebola kapas ke dalam campuran ini. dan letakkannya di kutil anda, kemudian tutup dengan pembalut. Biarkan ia selama 3 sehingga 4 jam.

Peringatan, sentiasa pastikan anda melarutkan cuka ini dengan air kerana keasidannya boleh menyebabkan kerengsaan dan juga, jangan gunakan pada luka yang terbuka.

Cuka epal buatan sendiri di rumah. (Kredit: Delish.com)

Bawang putih

Bawang putih telah lama digunakan untuk menyembuhkan keadaan kulit seperti psoriasis, parut keloid (sejenis parut akibat proses pembaikan kulit yang terlalu aktif), dan sebagainya.

Ia juga boleh digunakan untuk jangkitan bakteria, kulat, dan virus seperti ketuat. Dalam satu kajian, ekstrak bawang putih dikatakan menghilangkan ketuat dalam masa 4 minggu.

Allicin, komponen utama bawang putih, mempunyai kesan mikrob. Ia berfungsi dengan memusnahkan enzim pada patogen berbahaya.

Untuk merawat ketuat menggunakan bawang putih, hancurkan 1 ulas dan campurkan dengan air.

Sapukan pada masalah ketuat dan tutup dengan pembalut. Ulangi setiap hari selama 3 sehingga 4 minggu.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kulit oren

Satu lagi bahan ketuat yang popular digunakan bagi merawat adalah kulit buah oren. Ini adalah pilihan yang tidak mahal, namun tidak ada data saintifik untuk menyokong keberkesanannya.

Cara bagi kaedah ini merangkumi dengan menggosok kulit oren pada ketuat sekali sehari. Sekiranya ia berkesan, ketuat akan berubah warna, menjadi gelap, kemudian akan jatuh secara sendiri.

Namun, perkara ini mungkin mengambil masa yang agak lama sekitar 2 minggu atau lebih.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Nanas

Nanas mempunyai bromelain, campuran enzim yang mencerna protein. Dipercayai bahawa bromelain mampu menghilangkan ketuat dengan melarutkan protein dalam HPV.

Walaupun terdapat beberapa data yang menyokong potensi keberkesanan bromelain dalam merawat sesetengah kondisi perubatan, tapi masih tiada kajian saintifik untuk menyokong penggunaannya dalam hilangkan ketuat.

Bagi cara penggunaannya pula ialah membasahi ketuat dengan jus nanas setiap hari. Teknik lain pula adalah dengan menggunakan nanas segar setiap hari.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kentang

Segelintir individu mendakwa jus kentang dapat ‘mengeringkan’ ketuat, namun begitu, tidak ada kajian membuktikan mengenai keberkesanannya.

Untuk mencuba kaedah ini, potong kentang kecil menjadi separuh. Gosokkan bahagian yang dipotong pada ketuat hingga dibasahi dengan jus kentang. Ulangi 2 kali sehari.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Aspirin

Aspirin juga dikatakan boleh menghilangkan kutil. Bahan utamanya adalah asid acetylsalicylic, bahan biasa dalam merawat masalah ketuat yang terdapat pada produk di pasaran.

Asid ini berfungsi dengan melakukan pengelupasan pada kulit yang dijangkiti. Lama-kelamaan, ia akan menghilangkan ketuat.

Kaedah yang disarankan adalah dengan menghancurkan tablet aspirin dan mencampurkan dengan air. Sapukan pada ketuat dan tutup dengan pembalut semalaman.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Lidah buaya

Beberapa individu menggunakan gel lidah buaya bagi merawat kondisi kulit seperti luka terbakar dan psoriasis.

Sekiranya ketuat anda terasa gatal atau menyakitkan, gel ini dikatakan boleh melegakan.

Gel lidah buaya juga dapat melawan patogen, termasuk virus. Kajian mendapati bahawa ia berfungsi dalam melawan virus herpes simplex jenis 1, tetapi tiada kajian mengenai manfaat khusus bagi HPV.

Untuk menggunakannya, sapukan gel isi lidah buaya pada ketuat. Ulangi setiap hari.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Meskipun kaedah-kaedah ini boleh didapati di dapur rumah anda, namun anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi doktor dahulu sebelum mencubanya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor, Medical News Today

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.