Siakap Keli
jangan kongsi tandas
Kredit: Google

Awas, Tandas Duduk Yang Dikongsi Dipercayai Berisiko Jadi Punca Jangkitan Penyakit Kelamin – Hello Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan tandas awam mempunyai kubikel tandas duduk untuk kegunaan ramai. Tandas jenis ini sangat membantu bagi golongan ibu hamil, individu yang berbadan besar, warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU).

Pun begitu, tandas jenis ini perlu digunakan dengan berhati-hati. Di samping memastikan mangkuk tandas kering dan bersih, pengguna juga perlu berwaspada bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin atau turut dikenali sebagai sexually transmitted disease (STD).

Untuk mengetahui lanjut bagaimana penggunaan tandas ini boleh menyebabkan STD, mari baca perkongsian oleh Hello Doktor di bawah.

Mungkin ramai yang masih belum arif tentang penyakit bernama trichomoniasis bukan? Artikel ini mungkin akan dapat membantu anda!

Di dalam dunia ini, terdapat banyak jenis penyakit jangkitan kelamin (STD).

Antara yang biasa kita dengar atau baca adalah human immunodeficiency virus (HIV), human papillomavirus (HPV) dan macam-macam lagi.

Pun begitu, wujud STD berbahaya yang mungkin boleh hadir tanpa sebarang petanda iaitu trichomoniasis atau nama singkatannya, trich.

Gambaran trichomonas vaginalis. (Kredit: Clinical Lab Product)

Ada kepercayaan yang mengatakan ia boleh tersebar melalui tempat duduk jamban. Benarkah? Jom baca untuk tahu!

Serba sedikit tentang apa itu trichomoniasis

Sebelum itu, wajarlah untuk kita berkenalan terlebih dahulu mengenai penyakit ini.

Untuk pengetahuan anda, trichomoniasis adalah sejenis STD yang disebabkan oleh parasit bernama Trichomonas vaginalis (TV).

Seperti yang diperkatakan pada awal artikel ini, trich memang benar mungkin tidak akan menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Ini dibuktikan oleh kajian laman sesawang Planned Parenthood yang mengatakan, kira-kira 7 daripada 10 orang yang terjangkiti tidak menunjukkan simptom.

Pun begitu, ia bukan bermakna trich langsung tidak akan menunjukkan gejala.

Berikut merupakan beberapa petanda yang boleh kaum Adam dan kaum Hawa perhatikan:

Simptom buat lelaki:

  • Selalu rasa ingin terkencing lebih dari biasa
  • Keluar cecair berwarna putih daripada zakar
  • Bengkak, gatal dan pedih pada zakar – kawasan kepala atau kulup
  • Sakit pada zakar terutamanya ketika kencing atau ejakulasi

Simptom buat wanita:

  • Faraj selalu basah dan menyebabkan bau busuk seakan ikan busuk
  • Keluar cecair dari faraj yang likat, pekat dan berketul serta berwarna hijau @ kuning
  • Bengkak, gatal dan pedih pada faraj – kadangkala pada bahagian dalam paha
  • Sakit pada faraj terutamanya ketika kencing atau seks

Simptom trichomoniasis yang kami senaraikan di atas ini, adalah lebih kurang sama sahaja dengan STD yang lain.

Sekiranya anda menghidapi salah satu, beberapa atau kesemua gejala di atas ini, maka segera berjumpa doktor.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Bagaimana trichomoniasis boleh tersebar?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang apa itu trichomoniasis dan simptom-simptomnya.

Persoalannya kini pula, bagaimana STD yang mungkin tidak bergejala ini tersebar?

Jawapannya mungkin anda sendiri sudah tahu, tentu sekali melalui seks!

Sama seperti penyakit jangkitan kelamin yang lain, trich boleh tersebar dengan mudah melalui aktiviti seksual termasuklah penetrasi zakar ke dalam faraj, seks oral dan berciuman.

Ini adalah akibat daripada air mani, atau air liur yang berpindah daripada orang yang terjangkiti.

Dalam pada itu, sentuhan kulit ke kulit juga boleh memindahkan TV jika orang tersebut mempunyai luka atau ulser pada kulit atau mulut.

Kredit: Google

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan boleh tersebar jika berkongsi jamban. Benarkah?

Trich juga boleh tersebar jika berkongsi jamban?

Ya, trichomoniasis adalah penyakit jangkitan kelamin yang juga boleh tersebar jika berkongsi jamban terutamanya jenis duduk.

Ini kerana virus ini sangat mudah terlekat dan tersebar pada objek yang lembap seperti pakaian, tuala mandi, berus gigi dan jamban.

Apa yang menakutkan, TV dikatakan boleh hidup di luar daripada tubuh badan manusia sehingga 45 minit di tempat yang lembap.

Disebabkan itu, kita sering kali diingatkan untuk elak daripada berkongsi barangan peribadi dengan orang lain biarpun pasangan kita.

Bagaimana pula jika di tandas awam? Adalah mustahil untuk tidak berkongsi jamban di tempat awam bukan?

Ya, keputusan yang paling terbaik untuk cegah trich adalah cuba untuk elak dari mengunjungi tandas awam.

Jika terdesak, jamban cangkung mungkin adalah alternatif yang lebih baik untuk elak kontak secara langsung.

Apa yang anda dan pasangan perlu lakukan?

Sudah tahu apa itu trichomoniasis? Sekarang kita pergi kepada cara untuk cegah dan rawat penyakit jangkitan kelamin ini pula.

Hakikatnya, trich tidak akan sembuh dengan sendiri seiring peredaran waktu.

Oleh itu, pengambilan ubatan antibiotik adalah pilihan yang terbaik buat anda.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Sekiranya anda mengesyaki diri atau pasangan mempunyai simptom-simptom yang kami senaraikan di atas tadi, adalah bagus untuk kalian segera berjumpa doktor.

Dapatkan konsultasi doktor dan preskripsi ubatan antibiotik jenis metronidazole, yang perlu diambil dua kali sehari untuk 5 ke 7 hari dalam masa seminggu.

Dalam pada itu, cuba elak daripada melakukan aktiviti seksual buat masa ini dan hindari berkongsi barangan peribadi termasuklah penggunaan jamban.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.