Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Rosie Zam

Hanya 3 ‘Step’ Mudah, Tips Boleh Cuba Nak Simpan Kunyit, Halia Dan Serai Agar Lebih Tahan Lama Dan Segar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memasak menjadi rutin penting dalam kehidupan seharian bagi golongan ibu atau suri rumah. Selain buntu memikirkan lauk apa yang hendak dimasak setiap hari, mereka juga pastinya sentiasa bergelut dengan bahan-bahan masakan yang mudah rosak seperti serai, halia dan kunyit.

Ya, adalah lebih baik jika bahan-bahan tersebut dibeli dengan kuantiti yang sedikit dan mengikut keperluan masakan sahaja namun terkadang ada yang gemar membeli dalam kuantiti yang banyak kerana tidak mempunyai masa untuk membeli barang dapur setiap hari.

Jangan risau kerana perkongsian Rosie Zam di Facebook ini membolehkan anda untuk menyimpan bahan-bahan tersebut agar lebih tahan lama dan segar walaupun diletakkan di dalam peti ais.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

Semalam encik suami belikan kunyit punyalah banyak 😂.

Hari ni saya kongsikan cara nak simpan kunyit, halia atau serai supaya lebih tahan lama dan segar.

1. Isikan semua bahan tadi dalam bekas.

Gambar:Rosie Zam

2. Tuangkan air sehingga menutup semua bahagian kunyit, serai atau halia. Kemudian tutup.

Gambar: Rosie Zam
Gambar:Rosie Zam

3. Simpanlah dalam peti sejuk. Tukarlah air setiap minggu ya.

Gambar:Rosie Zam

Cuba tau. Jika anda ingin tahu lebih banyak tips menarik boleh terus follow Rosie Zam.

Jadi, bagi yang suka membeli kunyit dan halia banyak-banyak, anda boleh mengikuti tips yang telah dikongsikan oleh Rosie Zam ini. Selamat mencuba!

Tapi, kalau di rumah anda tiada bekas simpanan di dalam gambar, mungkin boleh gunakan bekas lain yang sesuai. Namun, untuk menjimatkan ruang dan lebih kemas disusun dalam peti ais, anda boleh dapatkan bekas tersebut di SINI.

Sumber: Rosie Zam

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa