Siakap Keli

Hasil Ujian Makmal Mendapati Kluster Tawar Mempunyai Mutasi D614G – Dr Noor Hisham

Hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati Kluster Tawar sah mempunyai mutasi D614G, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media hari ini.

Justeru itu, Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivangganga berkemungkinan besar adalah berpunca daripada sumber yang sama.

Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdahulu, virus Covid-19 dengan mutasi D614G yang dikesan pada Julai lalu dilaporkan 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.

Malah, terdapat kemungkinan kajian vaksin yang sedang dilaksana tidak berkesan ke atas mutasi D614G di mana tindakan utama yang perlu dilakukan adalah dengan mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan.

szbjaks

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.