Siakap Keli

Laporan: Ayah Lionel Messi Sudah Tiba di Manchester Untuk Berbincang Dengan City

Dunia bola sepak hari ini kecoh dengan berita Lionel Messi sudah memberitahu Barcelona untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Pemain kebangsaan Argentina itu dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Inter Milan, Manchester United dan paling kuat ‘angin’ gosip bertiup kencang adalah kelab Manchester City.

Laporan terbaru mengatakan, ayah Messi dberitakan sudah tiba di Manchester untuk berbincang tentang perpindahan pemain terbaik FIFA itu ke kelab The Cityzen.

Messi mungkin meninggalkan Barcelona dengan perpindahan percuma jika kontrak beliau ditamatkan oleh FC Barcelona.

Isu ini berpanjangan selepas Barcelona tewas 8-2 ke atas bayern Munich dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Messi sudah berkhidmat untuk Barcelona hampir dua dekad dan semakin hampir menamatkan karier beliau dengan kelab itu.

Jika perpindahan ini berlaku, mungkin tiada rekod perpindahan yang terpecah tetapi bakal menjadi satu sejarah dalam babak bola sepak eropah. Menariknya, Messi dikaitkan dengan kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris iaitu liga yang penuh drama dan kontroversi.

Ronald Koeman iaitu bekas jurulatih kebangsaan Belanda telah dilantik sebagai pengurus Barcelona untuk menggantikan Setien yang dipecat selepas perlawanan separuh akhir itu.

Koeman dikatakan menghubungi Luis Suarez dan memberitahu pemain itu tiada dalam perancangannya untuk Barcelona menghadapi musim baharu nanti.

Sumber: Daily Mail

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)