Siakap Keli

Sosej Yang Dijual Perlu Mengandungi Lebih 65% Daging Dan Kurang 30% Kandungan Lemak – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat yang memilih sosej sebagai hidangan agar meneliti terlebih dahulu label pada produk tersebut agar tidak salah memilih produk sosej di pasaran.

KKM dalam kenyataan di Twitter hari ini berkata, sosej perlu mempunyai kandungan daging melebihi 65% selaras dengan Peraturan 147 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

Katanya, selain itu sosej mesti mempunyai kurang daripada 30% kandungan lemak, tidak kurang daripada 1.7% nitrogen dalam kobinasi organik dan boleh mengandungi bahan pengawat yang dibenarkan.

Saranan KKM, Teliti label pada produk makanan untuk mendapatkan maklumat pemakanan bagi memilih produk makanan yang mengandungi kurang garam, lemak dan sebagainya bagi mendapatkan hidangan makanan yang sihat.

Sumber: KKM Putrajaya dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.