Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Cemas Pemandu Tercampak Keluar Selepas Bas Tergelincir, Rempuh Penghadang Jalan

Seorang pemandu bas di China bernasib baik kerana terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandunya dalam satu kemalangan ngeri.

Rakaman insiden yang menakutkan itu memaparkan seorang lelaki tercampak keluar daripada sebuah bas mini yang secara tiba-tiba tergelincir ketika sedang melalui sebuah jalan sebelum merempuh tembok penghadang.

Pemandu itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala 8 penumpang yang terdapat di dalam bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut Daily Mail, kejadian itu dilaporkan berlaku pada hari Selasa pagi di Quanzhou, wilayah Fujian, China.

Pemandu bas yang dikenali dengan nama Huang, sedang membawa lapan orang penumpang pada ketika itu. Namun secara tiba-tiba bas tersebut telah hilang kawalan, menurut laporan polis.

Kamera keselamatan yang terdapat pada jalan terbabit berjaya merakamkan detik-detik mengerikan itu.

Selepas tercampak keluar daripada bas tersebut, Huang mampu untuk bangun dengan sendirinya dan kelihatan berada dalam keadaan stabil seterusya perlahan-lahan berjalan meninggalkan kenderaannya.

Huang dan lapan penumpangnya terus dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan selepas daripada itu, kata pihak berkuasa.

Pemandu bas itu mengalami kecederaan ringan sementara yang lain selamat tanpa kecederaan menurut notis itu.

Kenderaan tersebut dikatakan berfungsi seperti biasa sebelum kejadian itu berlaku. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan, kata polis.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa